**********

HARGA: RM649

ASUS ZenFone Live (ZB501KL) ini yang pertama di dunia menggunakan teknologi kecantikan masa-sebenar semasa live dilakukan. Ini memberikan anda keyakinan untuk memuat naik video sendiri di laman sosial seperti Live Facebook, Live Instgram mahupun Live Youtube. Rupa anda diolah supaya kelihatan lebih anggun dan menawan.

Dengan saiz piksel 1.4µ dibantu oleh lampu swafoto LED flash, membolehkan gambar yang ditangkap lebih jelas dan terperinci. ZenFone Live mempunyai dua mikrofon untuk mengasingkan bunyi belakang tabir yang bising dan meningkatkan lagi suara anda.

 

SPESIFIKASI RINGKAS…

  • Sistem Operasi: Android 6.0 Marshmallow (ASUS ZenUI 3.0)
  • CPU: Qualcomm Snapdragon 410, Quad Core 1.2GHz
  • GPU: Adreno 306
  • Kad SIM: Dual SIM / Micro SIM & Nano SIM
  • Kamera Utama: 13 Megapiksel AF
  • Flash: LED flash
  • Kamera Depan: 5 Megapiksel + LED flash
  • Radio FM:
  • Bluetooth: v4.0
  • WiFi: 802.11 b/g/n
  • Memori: 16GB ROM, 2GB RAM / kad microSD sehingga 128GB
  • Bateri: 2650mAh Non-removable

 

PAKEJ PEMBELIAN

  1. Kotak Pembungkusan
  2. Peranti ASUS ZenFone Live
  3. Adapter Pengecas
  4. Kabel microUSB
  5. Buku Manual
  6. Pin slot

 

FIZIKAL

Rekaan Premium

Walaupun hadir di dalam kelas pertengahan, ASUS ZenFone Live masih menawarkan rekaan premium yang dibina menggunakan rekaan unibodi di mana kita sekali lagi dapat melihat rekaan 2.5D pada model ini.

Menampilkan paparan skrin berukuran 5.0 inci dengan ketebalan bezel hanya 2.3mm, ia merupakan smartphone yang nipis dengan ketebalan hanya 7.95mm dengan berat 120g.

Sisi Kiri
Sisi Kanan
Atas
Bawah

 

Slot Kad

Bagi mereka yang mempunyai lebih daripada satu SIM, peranti ini amat sesuai buat anda. Selain boleh menggunakan dua slot kad SIM pada ZenFone Live yang menyokong slot jenis Nano dan Micro SIM, ia turut menyediakan kad memori tambahan microSD jenis hibrid.

Memandangkan peranti ini hadir dengan rekaan unibodi, slot dua kad SIM mahupun microSD terletak di sisi kiri smartphone.

 

Kamera Hadapan + Soft Light LED Flash

Memandangkan peranti ini hadir dalam kelas pertengahan, ia dibekalkan dengan kamera hadapan beresolusi 5 Megapiksel untuk penggambaran swafoto.

Lebih menarik, ASUS tetap menyediakan sebuah LED flash yang sesuai untuk penggambaran di kawasan yang kurang pencahayaan.

 

Pilihan Warna

Setiap orang mempunyai warna kegemaran sendiri bukan? Oleh itu, ZenFone Live telah ditawarkan dengan 3 pilihan warna untuk pengguna memilih warna kegemaran sendiri.

Di antaranya adalah Navy Black, Rose Pink dan juga Shimmer Gold.

 

APA YANG COOL?!

Penggambaran

Apa yang menariknya model ini, ia dibekalkan dengan kamera utama 13 Megapiksel dengan bantuan pelbagai mod menarik, manakala kamera hadapan beresolusi 5 Megapiksel hadir dengan sokongan Soft light LED flash untuk penggambaran swafoto yang kelihatan lebih natural seperti warna sebenar. Malah kehadiran beberapa mod menarik termasuk mod Beauty menghasilkan gambar yang lebih cantik dan menonjol.

Fungsi Beautification
  • Saiz piksel 1.4µm yang besar – 2x sensiviti cahaya
  • Lensa sudut lebar dengan 82 peratus pemandangan
  • Soft light LED flash – swafoto terang dan menerangkan warna kulit asal
  • Dua MEMS mikrofon – menghasilkan bunyi sekeliling yang sebenar dan menapis bunyi bising di belakang tabir
  • Lima magnet speaker dengan smart amplifier serta ice power tuning
Mod Penggambaran
Utama

• Auto • HDR Pro • Beautification • Super Resolution • Children • Low Light • QR Code • Night • Effect • Selfie • Panorama • Time Lapse

Hadapan

• Auto • Beautification • HDR Pro • Low Light • Night • Effect • Time Lapse

ASUS BeautyLive

Kepada yang suka berkongsi secara langsung di media sosial, terdapat satu fungsi istimewa pada ZenFone Live yang dikenali sebagai BeautyLive. Sesuai dengan namanya, fungsi ini membolehkan anda membuat secara langsung di laman sosial dengan lebih cantik tanpa perlu mengenakan makeup terlebih dahulu.

Selain boleh melaraskan kecantikan yang diinginkan bermula dari 1 sehingga 10, anda boleh live di laman sosial popular seperti Instagram, Facebook dan juga YouTube.

 

HASIL GAMBAR

Indoor
Swafoto
Tips!!! Untuk hasil gambar swafoto yang menonjol, ia memerlukan pencahayaan yang mencukupi.

 

FUNGSI LAIN YANG ADA PADA ASUS ZENFONE LIVE

  1. ASUS ZenFit

Jejak senaman khusus seperti larian, tunggangan basikal, latihan berat, yoga dan banyak lagi, serta dapatkan ringkasan maklumat selepas senaman dan laporan terperinci tentang aktiviti anda dengan adanya fungsi ASUS ZenFit.

 

  1. Mobile Manager

ASUS ZenFone telah didatangkan dengan aplikasi yang dikenali sebagai Mobile Manager. Aplikasi pra-pasang ini membantu anda mengurus peranti seperti memastikan sistem sentiasa dioptimumkan, memantau trafik data, memadam fail yang tidak diperlukan dan pelbagai lagi.

 

  1. Teknologi Audio DTS Headphone X

Apa yang menariknya, ia dilengkapi dengan dua buah mikrofon MEMS. Malah kedudukan speaker juga strategik, di mana dengan sokongan teknologi audio DTS Headphone:X 7.1 dengan keupayaan bunyi keliling. Apabila anda menyambungkan earphone atau headphone ke ZenFone Live, secara automatik tetingkap Optimized audio output akan dipaparkan.

 

  1. ASUS ZenMotion

Gesture adalah cara yang paling cepat dan pantas untuk anda membuka menu. Oleh itu, kehadiran ASUS ZenMotion memudahkan anda membuka menu yang diinginkan dengan lebih pantas. Terdapat 3 kategori utama yang boleh dipilih iaitu, Touch Gesture, Motion Gesture serta One Hand Mode.

 

KOMEN

ASUS ZenFone Live adalah smartphone pertama yang hadir dengan sokongan ASUS BeautyLive, yang mana memudahkan anda untuk bersiaran secara langsung di media sosial dengan pelbagai mod menarik disediakan termasuklah mod Beautification. Malah dengan kamera depan beresolusi 5 Megapiksel dengan sokongan Soft light LED flash bagi menghasilkan gambar yang kelihatan lebih natural dan terang, ketika anda mengambil swafoto di kawasan yang mempunyai cahaya terhad.

Dengan harga mampu milik, kami amat tertarik dengan sokongan spesifikasi peranti ini kerana ia bukan sahaja memfokuskan kepada smartphone swafoto semata-mata, tetapi dilengkapi dengan fungsi lain di antaranya Asus ZenFit, Mobile Manager, teknologi Audio DTS Headphone X untuk kualiti bunyi yang menakjubkan dan pelbagai lagi.

Namun agak mengecewakan, kerana peranti ini tidak menyokong teknologi pengecas pantas yang kami rasa ianya penting pada masa kini, terutamanya bagi pengguna tegar yang suka bersiaran secara langsung dan mengambil gambar swafoto seharian.

 

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here