Pengguna Xpax Kini Layak Beli Telefon Pintar Idaman Secara Ansuran

6497
**********

Jika sebelum ini pengguna pelan prabayar tidak berpeluang untuk memiliki telefon pintar idaman mereka dengan bayaran secara ansuran. Oleh itu, Celcom hari ini dengan bangganya melancarkan EasyPhone For Prepaid iaitu pelan ansuran peranti pintar khusus untuk pelanggan Xpax dan pelanggan baru. Bagi menjayakan pelan skim terbaru ini, Celcom telah melantik Aeon Credit Service Berhad sebagai rakan kongsi niaganya.

Pelan EasyPhone ini menawarkan 30 telefon pintar dari pelbagai jenama seperti Apple, Samsung, Huawei, Oppo, dan Xiaomi dengan kadar ansuran bulanan serendah RM74, malah Celcom juga akan menkreditkan masa berbual sebanyak RM30 selama 24 bulan kepada anda. Lebih menariknya, proses untuk skim ansuran ini tidak memerlukan wang pendahuluan ataupun kad kredit.

Bagi anda yang berminat, kini anda tidak perlu ke cawangan Blue Cube atau pusat Celcom kerana ia boleh dimohon secara atas talian. Permohanan untuk EasyPhone ini akan mengambil masa dalam tempoh 3 hari waktu bekerja. Bagaimanapun, jika anda salah seorang pemegang kad kredit Aeon atau Express Card, tempoh kelulusan akan dipercepatkan kepada 15 minit, wow!

Proses permohonan online lebih mudah dengan tiga langkah sahaja
atau mohon di mana-mana Blue Cube yang berdekatan

Dalam masa yang sama anda perlu menyediakan beberapa dokumen sokongan termasuk pengenalan dan status pekerjaan. Selepas permohonan lulus, apa yang perlu anda buat ialah pergi ke mana-mana stor Blue Cube yang berhampiran untuk proses kutipan.

Melalui pelan EasyPhone ini Celcom berharap setiap rakyat Malaysia kini bebas untuk memiliki telefon pintar idaman mereka tanpa perlu dibebani kos yang tinggi. Untuk maklumat lanjut, sila layari portal rasmi Xpax hari ini.

12 KOMEN

  1. wah, dulu kena pakai credit card utk beli phone, tapi sekarang boleh beli dengan bayar bulanan, sesuai untuk sesiapa yang tidak ada credit card, mungkin student pun boleh apply untuk beli phone yang murah

      • sedih, pelajar tidak boleh apply, kena ada income baru boleh…
        baik juga tidak bagi pelajar apply, jika tidak, mereka mestilah ambil iphone, kakaka
        bagi adult yang sudah kerja, boleh apply je, sebab xpax ni takut ko tidak ada wang bayar semasa installment

      • oh ye ke? aku ingat student pun boleh apply untuk beli phone yang murah, betul juga jika murid apply, macam mana mereka bayar, haha…
        ada mungkin ibu bapa mereka apply untuk mereka, sebab easyphone ni tengok macam ada lebih rm30 untuk phone credit, mereka boleh pakai xpax rm30

  2. aku tengah pakai xpax plan, boleh apply ini too?
    tengok iphone 8 pun ada dalam list, hati tenggah tak boleh tahan nak pakai iphone 8 ni, aku punya iphone 5 dah slow response, sudah tahan berapa tahun…

  3. Plan ni bagus kerana setiap bulan dia masih ade bagi bonus RM30 credit tau, jadi kuranglah jumlah yg perlu dibayar kan. Rasanya agak mudah utk apply juga, blh buat secara online ni.

    • x semesti nya, rm30 credit tapi sekarang rm30 mobile plan cukup pakai ke?
      jika nak lebih kena sendiri tambah lagi, rasa rugi macam tu…
      kadang2 ada company boleh claim mobile plan, tapi easyphone ni tidak boleh top up sendiri

      • rm30 credit cukup pakai juga, xpax plan ada rm30, tengok data pun banyak…
        aku rasa easyphone ni sesuai bagi student untuk phone yang murah, sebab bayaran murah dan ada phone rm30 credit, boleh pakai xpax plan lagi

    • tapi ada siapa akan bayar cash untuk beli phone jika ada pilihan untuk ansuran?
      i rasa bayar sikit2 lebih rasa secure, ada lebih wang untuk bayar lain.
      easyphone ni senang bagi sesiapa yang tidak ada credit card

Leave a Reply to Amiru Batalkan maklum balas

Please enter your comment!
Please enter your name here