Pengguna Digi Berpeluang Menangi Hadiah Menarik Dalam Peraduan Digi Menang Bersama

4565
- Iklan -

Pada 1 Ogos yang lepas, Digi telahpun melancarkan satu peraduan iaitu “Peraduan Digi Menang Bersama” dengan memberi ganjaran hadiah keseluruhan bernilai RM5,000,000 kepada pelanggannya.

Apa yang menariknya, pengguna Digi hanya perlu membuat tiga langkah mudah dan berpeluang memenangi hadiah seperi jam Garmin Fenix 5 Sapphire (x10), Sony Playstation 4 Pro (x10), DJI Spark (x8) , Huawei P10 (x2), Huawei P10 Lite (x10), dan internet Digi bernilai RM500,000 setiap minggu.

Dalam pelancaran rasmi ini juga, pemenang bertuah minggu pertama telah diumumkan serta mereka sudahpun menerima hadiah masing-masing. Jika anda salah seorang pengguna talian prabayar, pascabayar atau broadband, ikuti tiga langkah ini dan anda mungkin akan menjadi pemenang seterusnya:-

  1. Muat turun aplikasi MyDigi terbaru
  2. Jawab soalan mudah dengan betul
  3. Tekan hantar!

Peraduan yang dijalankan selama dua bulan ini akan berakhir pada 30 September 2017 depan. Muat turun MyDigi di Google Play dan App Store sekarang. Maklumat lanjut sila layari portal rasmi Digi.

Jadi anda tunggu apa lagi, cepat sertai Peraduan Digi Menang Bersama dan bawa pulang hadiah-hadiah menarik!

- Advertisement -

1 komen

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here