Netflix HDR Kini Boleh Dimainkan Di Sony Xperia XZ Premium

594
- Iklan -

Netflix telah menambah sokongan penstriman HDR untuk peranti mudah alih Sony Xperia XZ Premium. Model ini menjadi telefon pintar kedua selepas LG G6 yang membolehkan video dengan kualiti tinggi dimainkan.

Sony Xperia XZ Premium telah dilancarkan pada awal tahun lalu dengan kebolehan paparan 4K HDR. Semasa pelancarannya, satu-satunya aplikasi yang menyokong penstriman HDR ialah pada Amazon Prime manakala Netflix HDR masih belum hadir pada masa itu.

 

Kini, hanya peranti Sony Xperia XZ Premium sahaja yang menyokong kedua-dua platfom penstriman sementara pada model yang lain, hanya salah satu aplikasi sahaja yang dibolehkan. Sungguhpun begitu, untuk Samsung Galaxy S8, ia masih belum diumumkan lagi di dalam senarai yang menyokong Netflix HDR.

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here