Kilang Semikonduktor Infineon Membuka Blok 8 Di Melaka – Perlaksanaan Industri 4.0

958
**********
Menteri II Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Ong Ka Chuan sedang menandatangani plak perasmian.

Infineon Technologies secara rasminya telah melancarkan Blok 8 di cawangan Melaka bertujuan bagi melaksanakan syarikat ke arah Pengilangan Pintar Di Malaysia. Bangunan baru yang dibina ini selaras dengan standard Revolusi Perindustrian Ke-4 atau Industri 4.0. Infineon yang sudah bertapak di Malaysia hampir 4 dekad dalam sektor semikonduktor kini telah melaburkan hampir RM240 juta dalam membangunkan ruang tambahan seluas 28,090 meter persegi yang menawarkan sistem automasi, internet of thing (IoT), dan fizikal siber.

Penambahan ruang ekstra ini juga merupakan langkah untuk mewujudkan persekitaran pengilangan yang lebih berautomasi, berhubung, dan terkawal dalam meningkatkan keberkesanan peralatan, bahan, proses dan tenaga kerja manusia. Melalui cara ini, Infineon dapat menghasilkan produk berkualiti tinggi dan terbaik dengan pantas kepada semua pelanggan di serata dunia.

Blok 8 yang memiliki empat tingkat ini berupaya menempatkan hampir 300 ruang kerja, sebuah kantin dan 400 buah tempat letak kenderaan untuk para pekerja. Selaras dengan pembinaan ini, Infineon akan memastikan setiap pekerja meningkatkan tahap kemahiran mereka masing-masing dengan memberikan kursus selari dengan pengilangan ke arah industri 4.0.

Infineon Technologies AG merupakan peneraju utama dalam bidang penyelesaian semikonduktor. Syarikat yang berasal dari Jerman ini memiliki beberapa buah kilang serata dunia termasuk Malaysia di Kulim, Kedah dan Batu Berendam, Melaka.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here