Jam Pintar Weloop Hey 3S Dan XH3 Ini Berharga RM499 Dan RM399

647
**********

Olike Malaysia yang terkenal membekalkan peralatan aksesori telefon pintar kali ini melancarkan jam pintar Weloop Hey 3S dan XH3 ke pasaran tempatan. Jam pintar berjenama Weloop ini dikatakan memiliki teknologi yang setanding dengan jenama-jenama besar yang lain. Olike yang bernaung di bawah syarikat gergasi Oppo akan membawa masuk kedua-dua model ini di stor induk mereka bermula 31 Ogos depan.

Dimulakan dengan model utama, Weloop Hey 3S hadir dengan kerangka badan logam bersegi yang ringan. Ia secara amnya sangat sesuai digunakan untuk aktiviti bersenam dan bersukan. Dilengkapi dengan sensor denyutan nadi, ia mampu membaca degupan jantung semasa anda berjalan kaki, berlari, mahupun menunggang basikal. Menerusi kerangka dengan sokongan kalis air ini ia boleh digunakan dalam kebanyakkan aktiviti air termasuk renang.

Jam yang digayakan oleh salah seorang editor

Dengan dua jam masa mengecas, bateri ini sudah cukup untuk membekalkan anda kuasa sehingga 30 hari. Tetapi jika menggunakan sistem GPS dan GLONASS waktu operasinya hanya menyokong sehingga 20 jam sahaja. Untuk itu, Weloop Hey 3S dijual pada harga mampu milik iaitu RM499.

Sensor denyutan nadi di bahagian belakang Hey 3S

Beralih ke model seterusnya, Weloop XH3 pula ditawarkan pada harga lebih rendah. Dengan tanda harga RM399, model ini tidak dilengkapi dengan sistem GPS. Walaupun begitu, ia masih lagi kelihatan premium kerana kerangka badan didatangkan dengan bahan berasaskan logam. Selain itu, ia juga memiliki ciri-ciri yang seakan sama seperti Hey 3S serta kedua-dua model ini menyokong sambungan sync ke peranti Android dan iOS.

Olike Malaysia menawarkan Hey 3S dan XH3 dengan jaminan 12 bulan bersama tukaran 1-ke-1 sekiranya berlaku sebarang kerosakan.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here