Ini Ke ASUS ZenFone 4 Selfie Dan ZenFone 4 Selfie Pro?

901
- Iklan -

Sambil kita menunggu tarikh pelancaran ASUS ZenFone 4 pada 17 Ogos ini, apa kata kita lihat dulu gambar dua model ASUS Zenfone 4 yang tertiris ini. Bukan sahaja gambar sudah tersebar, malah maklumat spesifikasi pada dua model ini juga bocor.

ASUS ZenFone 4 Selfie

ASUS ZenFone 4 Selfie didatangkan dengan sistem dwi kamera depan 20MP dan 8MP, sementara versi Pro pula mendapat kelebihan dengan sensor 24MP dan 5MP. Bukaan lebar lensa di kedua-dua model ini mencecah seluas 120 darjah serta dibantu dengan LED flash. Pada bahagian belakang pula, ASUS hanya meletakkan satu kamera 16 Megapiksel sahaja.

Disamping itu, kerangka pada versi asas dan Pro dipadankan bersama skrin paparan 5.5 inci. Resolusi pada ZenFone Selfie hanya menyokong 720p, manakala versi Pro sehingga 1080p yang menggunakan skrin jenis LCD.

ASUS ZenFone 4 Selfie Pro

Dibekalkan kapasiti RAM 4GB dan storan seluas 64GB di kedua-dua model, ia turut menyediakan slot kad microSD ditambah pula satu slot ekstra untuk kad SIM. Dimuatkan dengan bateri 3,000mAh, kuasa dapat disalurkan kepada cip Snapdragon 430 untuk Selfie dan Snapdragon 625 untuk model Pro.

Harga pula dijangka sekitar Euro300 (lebih kurang RM1,517) untuk ZenFone 4 Selfie, dan Euro400 (lebih kurang RM2,023) untuk ZenFone 4 Selfie Pro.

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here