Honor 8 Pro Habis Terjual Dalam Masa Sebulan

797
- Iklan -

Honor Malaysia hari ini mengumumkan peranti flagship terbaru keluaran mereka, honor 8 Pro yang baru diperkenalkan tidak sampai sebulan yang lepas telah habis terjual di laman e-dagang Vmall. Sekaligus, ia menjadikan penjualan honor 8 Pro model yang terpantas pernah dijual di stor atas talian berkenaan.

Menurut Ketua honor Malaysia, George Zhao, kolaberasi bersama rakan strategik dalam menghasilkan peranti yang berkualiti tinggi adalah salah satu faktor pengguna memilih telefon pintar honor, malah harga yang disyorkan juga sangat kompetitif berbanding pengeluar-pengeluar lain.

Honor 8 Pro hadir dengan paparan QHD 5.7 inci bersama fungsi dwi kamera dipadatkan pada kerangka bodi dengan ketebalan hanya 6.97mm sahaja. Memori RAM sebesar 6GB menjanjikan kelancaran pemprosesan dan sangat sesuai untuk permainan mudah alih. Peranti ini juga menjadi ikon kepada permainan paling paling popular dunia iaitu Mobile Legends.

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here