Aplikasi MyYes4G Kini Boleh Dimuat Turun – Uruskan Data Dan Dapatkan Ganjaran

7075
**********

Para pelanggan YES kini lebih terurus dengan penawaran aplikasi MyYes4G. Melalui aplikasi ini, pelanggan kini lebih mudah memantau penggunaan kuota internet dan menyemak bil semasa mereka.

Di dalam aplikasi ini juga, pengguna boleh memperoleh maklumat akaun dan profil serta menguruskan beberapa akaun dalam satu-satu masa. Platfom mesra pengguna ini dilengkapi antaramuka mudah difahami dengan pilihan dwi-bahasa, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Selain itu, pembayaran bil atau penambahan pelan boleh dilakukan terus melalui atas talian tanpa perlu ke kaunter atau menelefon operator. Pengguna yang memegang kad kredit Maybank boleh melakukan transaksi menerusi Maybank2u dan setiap sejarah pembayaran akan disimpan secara automatik untuk tatapan di masa depan.

Dalam masa sama, pelanggan YES akan diberikan ganjaran dan promosi terkini melalui notifikasi termasuk pengguna yang menghadapi masalah pula boleh memanggil servis pelanggan “YesCare” untuk sebarang bantuan.

Mulai sekarang hingga 31 Ogos depan, setiap pelanggan prabayar ataupun pascabayar YES yang memuat turun aplikasi MyYes4G, mereka akan menerima data internet 4G LTE atau 4G Broadband sebanyak 1GB terus ke dalam akaun. Disamping itu, ganjaran lain juga akan turut ditawarkan kepada pelanggan-pelanggan YES di masa akan datang.

Muat turun : Google Play

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here