**********

Harga: RM 1,199

Smartphone dari jenama Motorola sejak kebelakangan ini telah mula kembali memeriahkan pasaran tempatan dengan dua siri yang telah diperkenalkan untuk pasaran tempatan. Jika dilihat, Motorola telah memperkenalkan siri ‘G’ dengan kemunculan Moto G untuk pasaran mampu milik.

Manakala siri ‘Z’ dengan pelancaran dua model terbarunya iaitu Moto Z dan Moto Z Play pula dikategorikan sebagai smartphone kelas atasan atau premium. Kini yang terbaru, Motorola telah memperkenalkan pula siri ‘M’ dengan kemunculan model Moto M yang dilihat disasarkan untuk pasaran kelas pertengahan. Jadi dengan harga jualan yang kompetitif ini, apakah keistimewaan yang ditawarkan pada Motorola Moto M ini?!

 

:: SPESIFIKASI ::

:: PAKEJ PEMBELIAN ::

  1. Kotak Pembungkusan
  2. Motorola Moto M
  3. Sarung pelindung lutsinar
  4. Pelindung skrin plastik
  5. Adapter pengecas 5V2A (10W)
  6. Earphone
  7. Kabel USB Type-C
  8. Pin slot kad
  9. Buku manual

 

:: KEISTIMEWAAN MOTO M ::

#1. REKAAN

Dengan harga jualan yang kompetitif, Motorola Moto M sememangnya boleh dianggap antara smartphone yang tampil dengan rekaan kerangka yang terasa sangat berkualiti dan premium. Ini jelas dapat dilihat melalui penggunaan kerangka unibodi yang diperbuat daripada logam sepenuhnya. Malah paparan skrin depannya juga tampil dengan rekaan panel kaca jenis 2.5D yang bukan sahaja kelihatan menarik, tetapi secara tidak langsung memberikan rasa sentuhan skrin yang sangat baik sekali.

Panel Depan: Atas

Bahagian bezel atas menempatkan LED notifikasi, lubang earpiece dengan kemasan silver dan juga lensa depan beresolusi 8 Megapiksel.

 

Panel Depan: Bawah

Bezel bawahnya pula hanya menempatkan logo ‘moto’ dengan kemasan krom dan tiga butang kawalan pula ditempatkan pada skrin.

 

Kamera Utama

Kamera 16 Megapiksel dan juga Dual LED Flash yang disokong kelihatan agak menonjol dengan rekaan simetri yang sedikit timbul dari pernukaannya.

 

Pengimbas Cap Jari

Sensor pengimbas cap jari terletak selari dengan lensa kamera dan ia kelihatan ringkas tetapi menarik dengan kemasan krom di sekelilingnya.

 

Port & Speaker

Bahagian atas menempatkan port 3.5mm audio jack dan mikrofon, manakala bahagian bawah tersedia dengan lubang mikrofon, port USB Type-C dan juga speaker mono.

 

Slot & Butang Kawalan

Sisi kiri kerangka terdapat slot kad dua SIM jenis hibrid. Sisi kanan kerangkanya pula boleh ditemui dua buah butang kawalan fizikal iaitu butang volume dan butang kuasa.

 

#2. BATERI

Tidak dapat dinafikan bahawa sokongan bateri berkapasiti sekitar 3,000mAh pada peranti dengan paparan skrin berukuran 5.5 inci boleh dianggap agak kecil untuk memenuhi keperluan pengguna yang aktif. Tetapi dengan adanya sokongan teknologi pengecas pantas pada Moto M, sedikit sebanyak ia dapat memastikan pemilik peranti ini sentiasa memiliki tenaga bateri yang mencukupi.

Jadi apa kata kita lihat bagaimana ketahanan bateri Moto M ini jika dibandingkan dengan peranti lain di pasaran yang juga memiliki paparan skrin berukuran 5.5 inci dan juga bateri berkapasiti lebih kurang 3,000mAh.

Perbandingan Ketahanan Bateri

Kepantasan Mengecas 0% hingga 100%

#3. SPEAKER

Moto M hanya menyokong satu speaker sahaja yang terletak di bahagian bawah kerangkanya. Kedudukan speaker sebegini sememangnya sangat baik jika anda meletakkan smartphone di atas meja atau permukaan yang rata kerana output audio yang dihasilkan tidak terganggu.

Namun begitu, apabila anda memegangnya ketika sedang memainkan permainan mudah alih ataupun menonton video dalam mod landskap, berkemungkinan output audio akan sedikit terganggu.

Perbandingan kelantangan atau kekuatan speaker Moto M dengan beberapa model yang dijual pada harga yang sama di pasaran.

 

#4. KALIS PERCIKAN AIR

Keistimewaan paling utama Moto M yang sukar ditemui pada peranti lain yang dijual pada harga yang sama atau lebih mahal adalah dari segi ketahanannya. Moto M yang telah menerima lapisan nano ini dikatakan mampu bertahan daripada percikan air.

Walau bagaimanapun, Motorola tidak pula menyatakan jenis pengiktirafan IP yang disokong oleh Moto M ini.

 

#5. PRESTASI

Dari segi prestasi, Moto M yang dikuasakan dengan pemproses MediaTek MT6755T Helio P15 bukanlah yang paling berkuasa di pasaran. Tetapi jika dibandingkan dengan pesaingnya yang juga dijual pada harga yang sama, ia tidaklah mengecewakan.

Berikut adalah beberapa ujian benchmark yang telah kami jalankan bagi melihat sendiri bagaimanakah keupayaan prestasi Moto M ini.

#6. KAMERA

Sokongan lensa utama beresolusi 16 Megapiksel pada Moto M boleh dianggap setanding dengan kebanyakan smartphone di pasaran, tetapi sedikit mengecewakan kerana ia hanya hadir dengan saiz piksel sebesar 1.0 μm dan juga aperture f/2.0 sahaja. Jadi sememangnya ia berhadapan dengan isu kualiti penggambaran di dalam persekitaran yang kurang pencahayaan.

Berikut adalah hasil gambar yang telah diambil menggunakan Moto M
HDR
Indoor
Makro
Malam

 

:: KOMEN ::

Pro
  • Kombinasi paparan 2.5D dengan kerangka unibodi logam sepenuhnya yang disokong oleh Moto M terasa sangat premium bagi sebuah peranti dengan harga jualan mampu milik.
  • Sokongan paparan antaramuka Android asal seperti yang dapat dilihat pada peranti Nexus ini sememangnya sangat baik dan terasa sangat lancar tanpa aplikasi bloatware.
  • Ia mungkin tidak menyokong fungsi kalis air sepenuhnya mahupun fungsi kalis debu, tetapi ia didatangkan dengan fungsi kalis percikan air yang sangat sukar ditemui pada peranti yang dijual dalam kelas harganya.
  • Walaupun hanya menyokong teknologi pengecas pantas dengan output 5V2A, masa mengecas bateri berkapasiti 3050mAh pada Moto M terasa sangat pantas untuk mengecas dari 0% hingga 100%.
  • Speaker mono yang disokong menjanjikan kualiti audio yang sangat memuaskan kerana teknologi Dolby Atmos mampu menghasilkan efek bunyi 3D yang sangat memukau.

 

Kontra
  • Kualiti kamera 16 Megapiksel dengan saiz piksel yang kecil sedikit mengecewakan kerana hasil gambar yang dihasilkan kelihatan kurang memuaskan, terutamanya dalam persekitaran gelap.
  • Sokongan pemproses kelas pertengahan yang menawarkan prestasi yang agak sederhana jika dibandingkan dengan pemproses kelas pertengahan yang lain.
  • Slot kad SIM jenis hibrid sememangnya kurang praktikal kerana anda perlu mempertimbangkan sama ada ingin menggunakan dua kad SIM ataupun satu kad SIM dan satu kad microSD.
  • Tidak dilengkapi dengan sambungan NFC.

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here