Huawei Watch 2 – Klasik Tetapi Moden

614
**********

Perkembangan teknologi jam tangan pintar bermula pada tahun 2013, jenama Omate menghasilkan TrueSmart merupakan jam yang pertama di dunia mempunyai keupayaan seperti sebuah telefon pintar. Sejak dari tahun itu, banyak pengeluar menghasilkan pelbagai rekaan dan perisian khusus buat pengguna yang mementingkan fungsi, gaya dan versatiliti.

Oleh itu, Huawei kali ini memperkenalkan Huawei Watch 2, sebuah jam tangan pintar terbaru yang dinaik taraf dari model tahun 2015. Walaupun dipadatkan dengan teknologi terkini, ramai di kalangan kita masih lagi suka dengan reka bentuk klasik dan itu tidak dapat dinafikan.

Baca juga: Huawei Dan Maxis Menawarkan Huawei Watch 2 Bersama Telefon Pintar Serendah RM78!

Menariknya, apa yang Huawei Watch 2 tawarkan ialah bingkai kerangka kini diperbuat daripada seramik iaitu enam kali lebih kuat berbanding bahan stainless steel. Peranti pintar ini juga berukuran 42mm dari segi ketebalan serta diintegrasikan dengan sistem AI (realiti maya) yang boleh melakukan arahan mudah menggunakan gerak tangan sahaja.

Beralih kepada segmen versatil, jam ini disediakan dengan pilihan pemuka jam yang boleh ditukar mengikut citarasa, sekaligus dapat mengelakkan rasa bosan semasa memakai. Sebagai tambahan, pemuka di Huawei Watch 2 juga boleh direka mengikut mood dan kreativiti masing-masing.

Fungsi sensor degupan jantung yang terletak di bahagian belakang badan ditambah dengan perlindungan kalis air dan juga peluh. Di samping itu, tali jam ini menggunakan bahan silikon mampu memberikan keselesaan semasa melakukan aktiviti bersenam ataupun bersukan. Bagi melengkapkan Huawei Watch 2, ia dilengkapi sokongan rangkaian 4G dan slot SIM yang tersembunyi.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here