Huawei Membawakan Rancangan The Voice Malaysia Dan Singapura

499
**********

The Voice merupakan rancangan realiti yang mempersembahkan nyanyian peserta dari dalam dan luar Negara. Rancangan ini dibawakan oleh Huawei dan saluran dipancarkan oleh StarHub (Singapura) dan Astro (Malaysia), akan berlangsung di Malaysia dan Singapura bermula 17 September depan.

Rancangan Uji bakat yang dilakukan secara atas talian pada bulan Mei yang lalu telah menerima sebanyak 2,000 penyertaan dari Singapura, Malaysia dan negara-negara lain. Namun, hanya 100 peserta sahaja telah disenarai pendek yang akan naik ke pentas pertama tidak lama lagi. Manakala ‘The Blind Auditions’ pula akan bermula esok di Pinewood Studio, Johor Bahru.

Acara ini juga menandakan penampilan rasmi empat jurulatih terkenal, iaitu Hanjin 陈奂 仁, Della丁当, Gary Chaw 曹 格 dan Sky Wu 伍思凯.

Oleh kerana mendapat permintaan yang tinggi pengguna di Malaysia, Astro selaku peneraju utama rancangan televisyen tempatan akan membawakan siri The Voice ke peranti mudah alih di Astro GO dan NJOI bagi memudahkan pengguna menonton.

Juara untuk The Voice musim kali ini akan menerima kontrak rakaman single bersama Universal Music Group. Rancangan ini akan dihoskan oleh DJ Wenhong (SPH UFM100.3) dan Hui Mei (artist Astro), sementara hos belakang tabir mengandingkan DJ Wei Long (SPH UFM100.3) dan William (artist Astro). Penaja lain yang bersama pada kali ini selain Huawei ialah Kinohimitsu Collagen, OSIM, My FM, dan lain-lain syarikat dari Singapura.

The Voice akan ditayangkan bermula 17 September 2017, pukul 8.30 malam di saluran AEC Astro, sementara saluran StarHub TV, Hub E City pada pukul 8.00 malam.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here