HTC U11 Warna “Solar Red” Kini Dilancarkan!

695

Flagship terbaru HTC U11 yang hadir dengan rekaan menarik dan ciri unik, kini telah menawarkan satu lagi pilihan warna terbaru, iaitu Solar Red selain Amazing Silver, Brilliant Black dan Sapphire Blue. Dengan penawaran warna baru ini, ia turut memberikan lebih banyak pilihan kepada anda yang berhasrat untuk mendapatkan HTC U11 ini, terutamanya golongan gadis.

Menurut HTC, Malaysia adalah negara kedua selepas Taiwan yang menerima warna baru ini. Anda yang berminat, boleh mendapatkan di semua pengedar sah pada harga jualan RM3,099.

Rasmi!! HTC U11 Dilancarkan Pada Harga RM3,099 – Perah Saja!

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here