Honor 9 Menambah Pilihan Warna Midnight Black

1190
- Iklan -

Honor 9 yang dilancarkan pada 14 Jun yang lalu telah melihatkan pelbagai ciri dan fungsi menarik lantas menjadikan ia sebagai model utama Honor untuk tahun ini. Bagi menarik lebih ramai pembeli, Honor menampilkan satu lagi warna baharu dengan kemasan berkilau Midnight Black sekaligus menambah koleksi warna Glacier Grey, Sapphire Blue, dan Gold.

Warna yang elegan ini akan berada di pasaran China bermula 18 Julai nanti. Harga pula masih lagi dikekalkan dari yang asal sekitar CNY3,000 (lebih kurang RM1,883). Dalam pada masa yang sama, Honor 9 telah mencapai penjualan mencecah 1 juta unit pada 28 hari yang pertama.

 Sekiranya ia memasuki pasaran tempatan, adakah anda bercadang untuk mendapatkannya?

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here