**********

“Ingin menetapkan lagu kegemaran sebagai nada dering peranti iOS tanpa bantuan PC?! Gunakan bantuan aplikasi GarageBand & Documents 5.”

Tanpa memerlukan sambungan PC dan tidak perlu memiliki peranti iOS yang telah menjalani proses Jailbreak, anda sebenarnya boleh terus memuat turun lagu kegemaran, menyunting dan menetapkannya sebagai nada dering pilihan terus pada iPhone anda.

Apa yang diperlukan? Hanya dua aplikasi yang boleh dimuat turun secara percuma di App Store iaitu GarageBand dan Documents 5. Ingin tahu caranya, teruskan tutorial kami bagaimana memuat turun, menyunting dan menetapkan lagu sebagai nada dering pada iPhone milik anda! Jom…

 

PROSES 1 – MUAT TURUN APLIKASI
Documents 5, 144MB, iOS 8.0 ke atas
GarageBand, 1.7GB, iOS 10.2 ke atas

Sebelum memulakan proses untuk menetapkan nada dering pada peranti iOS anda, perkara paling utama mestilah muat turun dua aplikasi utama iaitu GarageBand dan Documents 5.

**Peringatan!**
¹Saiz aplikasi GarageBand sangat besar, anda digalakkan menggunakan 
sambungan WiFi bagi memastikan proses muat turun yang lancar. 

²Sekiranya anda menggunakan iPhone 7/7 Plus, GarageBand didatangkan 
secara pra-pasang. 

³Aplikasi GarageBand boleh dimuat turun secara percuma sekiranya 
peranti iOS anda telah diaktifkan atau dibeli pada atau selepas 
1 September 2014. Pastikan peranti telah dikemaskini ke iOS 10 
dan ke atas bagi membolehkan aplikasi dimuat turun secara percuma.

 

PROSES 2 – MUAT TURUN LAGU

Sekiranya anda ingin memuat turun lagu terbaru yang diputarkan di corong radio, kini ia boleh dibuat terus pada peranti iOS anda dengan menggunakan bantuan aplikasi Documents 5. Pastikan anda mengikuti langkah yang akan diajar ini dengan sebaiknya bagi memastikan lagu yang telah dimuat turun disimpan di dalam folder yang betul.

  • Langkah 1 > Cari aplikasi Documents 5 yang telah dimuat turun pada paparan homescreen peranti iOS anda.
  • Langkah 2 > Sebaik sahaja aplikasi ini diaktifkan, terdapat satu paparan seperti di dalam gambar. Anda hanya perlu klik pada butang ‘Later’ yang terletak pada bahagian atas kanan skrin.
  • Langkah 3 > Seterusnya klik pada ikon kompas di bahagian bawah kanan skrin untuk mengakses ruangan carian.
  • Langkah 4 > Masukkan URL yang anda ketahui untuk memulakan proses carian lagu kegemaran. Sebagai contoh, kami menggunakan pautan mp3gratis.co untuk membuat carian lagu.

 

  • Langkah 5 > Pada ruangan carian, taip nama artis atau tajuk lagu yang ingin anda muat turun dan klik ikon atau butang ‘Search’.
  • Langkah 6 > Senarai lagu berkaitan dengan carian akan dipaparkan pada bahagian bawah dan anda hanya perlu memilih lagu yang dikehendaki dan klik pada butang ‘Download’.
  • Langkah 7 > Tatal paparan skrin ke bawah dan klik pada butang ‘Download Now’.
  • Langkah 8 > Klik pada butang ‘Done’ yang terletak di bahagian atas kanan paparan skrin.

 

  • Langkah 9 > Apabila terpapar tetingkap mesej, klik sahaja butang ‘Allow’.
  • Langkah 10 > Anda perlu kembali ke halaman utama aplikasi dengan menekan ikon dokumen di bahagian bawah kiri skrin.
  • Langkah 11 > Buka folder ‘Downloads’.
  • Langkah 12 > Kini anda boleh melihat fail MP3 lagu yang telah dimuat turun sebentar tadi dan klik pada butang ‘Edit’.

 

  • Langkah 13 > Tandakan pada fail MP3 yang ingin ditetapkan sebagai nada dering, kemudian klik pada butang ‘Move’ yang terdapat di bahagian bawah paparan skrin.
  • Langkah 14 > Klik pada bahagian ‘Documents’ di atas kiri paparan skrin beberapa kali sehingga melihat folder iCloud.
  • Langkah 15 > Kini anda boleh memindahkan fail MP3 tadi di dalam iCloud dengan menyentuh folder ‘iCloud’. Kemudian klik pada butang ‘Move’ yang terdapat pada bahagian atas kanan paparan skrin.
  • Langkah 16 > Untuk memastikan fail tersebut telah berjaya dipindahkan ke folder iCloud, anda hanya perlu mengakses folder ‘iCloud’ yang dipaparkan pada halaman utama aplikasi.

 

PROSES 3 – MENYUNTING LAGU & TETAPAN SEBAGAI NADA DERING

Apabila lagu kegemaran anda telah berjaya dimuat turun menggunakan bantuan aplikasi Documents 5, kini tiba masanya untuk anda menyunting lagu tersebut bagi disesuaikan sebagai nada dering peranti iOS. Pastikan anda mengikuti langkah ini dengan teliti bagi memastikan proses suntingan dan tetapan nada dering berjaya dilaksanankan. Untuk tujuan itu, aplikasi GarageBand akan digunakan.

  • Langkah 1 > Sekiranya anda tidak pernah mengakses aplikasi ini, paparan seperti berikut akan dipaparkan dan anda hanya perlu klik butang ‘Continue’.
  • Langkah 2 > Leretkan paparan skrin ke kiri untuk memaparkan tetingkap ‘AUDIO RECORDER’.

 

  • Langkah 3 > Klik pada ikon ketiga yang kelihatan seperti susunan batu-bata di bahagian atas kiri paparan skrin.
  • Langkah 4 > Seterusnya klik pula pada simbol + yang terletak pada bahagian atas kanan paparan skrin.

 

  • Langkah 5 > Klik pada ruangan ‘Section A’.
  • Langkah 6 > Bagi memudahkan proses kemasukan lagu, pastikan anda menandakan ruangan ‘Automatic’ dan kemudiannya klik pada butang yang telah dibulatkan seperti di dalam gambar.

 

  • Langkah 7 > Klik pada tab ‘Audio Files’ dan diikuti dengan menu ‘Import from iCloud Drive’.
  • Langkah 8 > Klik pada folder aplikasi Documents 5 yang terpapar.

 

  • Langkah 9 > Sebaik sahaja diakses, anda boleh melihat fail MP3 yang telah dimuat turun dan dipindahkan dalam PROSES 1 sebelum ini. Klik sahaja pada fail lagu tersebut.
  • Langkah 10 > Fail lagu tadi akan dapat dilihat dalam senarai ‘Audio Files’. Untuk memilih lagu untuk tujuan suntingan, sentuh fail lagu tadi selama beberapa saat dan tariknya ke bahagian yang ditandakan.

 

  • Langkah 11 > Apabila fail lagu itu berjaya ditarik keluar, tiba masanya untuk anda menyunting lagu tersebut.
  • Langkah 12 > Apabila anda telah menentukan bahagian mana lagu itu hendak dimulakan sebagai nada dering, klik pada ikon pertama berbentuk seperti segi tiga terbalik. Klik pada menu ‘My Songs’ untuk menyimpan audio yang telah disunting tadi.

 

  • Langkah 13 > Untuk menukar nama fail lagu tadi, anda boleh klik pada perkataan ‘My Songs’ dan taip nama fail yang mudah untuk anda ingat dan cari.
  • Langkah 14 > Kemudian sentuh fail lagu tadi selama beberapa saat sehingga ikon seperti di dalam gambar dipaparkan dan klik pada ikon tersebut.

 

  • Langkah 15 > Pilih menu ‘Ringtone’.
  • Langkah 16 > Satu tetingkap akan dipaparkan pada skrin, klik pada butang ‘Continue’.
  • Langkah 17 > Klik pada butang ‘Export’ untuk memindahkan fail lagu itu dari GarageBand ke dalam ruang storan peranti iOS anda.

 

  • Langkah 18 > Proses eksport lagu tadi dari GarageBand telah berjaya, klik butang ‘Use sound as…’ untuk tetapan nada dering.
  • Langkah 19 > Kini anda hanya perlu memilih fail lagu itu untuk digunakan sebagai nada dering panggilan, nada dering mesej ataupun nada dering untuk kontak tertentu. Anda boleh tutup aplikasi GarageBand kerana lagu tadi sudahpun dijadikan sebagai nada dering peranti iOS anda.

 

PROSES 4 – MEMADAM NADA DERING

  • Langkah 1 > Sekiranya anda ingin memadam mana-mana nada dering yang telah dibuat menggunakan GarageBand sebelum ini, ulang Langkah 14 hingga Langkah 17 seperti dalam PROSES 3 sebelum ini. Tetapi jangan klik butang ‘Export’ sebaliknya klik pada menu ‘Your Ringtones’.
  • Langkah 2 > Kemudian senarai lagu yang telah disunting dengan aplikasi GarageBand akan dipaparkan, klik pada butang ‘Edit’ yang terletak di bahagian atas kanan skrin.

 

  • Langkah 3 > Simbol Θ berwarna merah akan terpapar di sebelah nama fail lagu dan anda hanya klik pada simbol tersebut pada lagu yang ingin dipadam.
  • Langkah 4 > Seterusnya klik pada butang ‘Delete’ untuk memadamnya dan apabila selesai klik pula butang ‘Done’. Kini fail tersebut tidak lagi akan dipaparkan pada senarai nada dering di dalam Settings peranti iOS anda.

 

Yeah~siap! Nampak rumit ke?! Ikut betul2 apa yang kami kongsikan, mesti jadi!

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here