Transatel DataSIM Memastikan Talian Data Selamat Apabila Digunakan Di China

525
**********

Berita baik untuk pelancong perniagaan dan pelancong yang mencari manfaat keselamatan data di dalam rangkaian selular swasta, Transatel DataSIM baru-baru ini memperkenalkan negara China di dalam portfolio mereka dengan lebih 100 destinasi di seluruh dunia. Pengguna Transatel DataSIM boleh menyambung penggunaan Internet 4G dengan rangkaian syarikat telco, China Telecom.

Dengan Transatel DataSIM, anda boleh mengelakkan daripada menggunakan sambungan Wi-Fi yang tidak dijamin selamat dengan data kredit boleh didapati pada kadar 0.1 € / MB lebih kurang RM0.48 (mengikut kadar mata wang). Di samping itu, pakej Asia Bundle juga menawarkan sambungan di China, bersama-sama dengan 19 destinasi lain, termasuk Malaysia.

Kad SIM boleh digunakan dalam pelbagai cara termasuk sambungan hotspot, kegunaan komputer riba mahupun tablet. Kad SIM global prabayar ini boleh ditambah nilai semula dan digunakan di mana-mana destinasi, akan tamat tempoh dalam masa 18 bulan selepas digunakan. Pengisian kredit dan maklumat akaun peribadi kini lebih mudah diurus melalui aplikasi My DataSIM account-Transatel DataSIM Selfcare yang boleh dimuat turun ke iOS atau Android.

Aplikasi My DataSIM account-Transatel DataSIM Selfcare

Selain itu, Asia bundle menawarkan perkhidmatan di Brunei, Kemboja, China, Hong Kong, India, Indonesia, Iran, Jepun, Kazakhstan, Macau, Malaysia, Mongolia, Myanmar, Filipina, Singapura, Korea Selatan, Sri Lanka, Taiwan, Thailand dan Vietnam.

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here