Samsung Memperkenalkan Galaxy Studio Pertama Di Malaysia – Menampilkan Galaxy S8 / S8+

1349
- Iklan -

Bersama-sama majlis pelancaran telefon pintar Galaxy S8 / S8+ di Malaysia baru-baru ini, Samsung Malaysia Elektronik (SME) juga mempersembahkan Galaxy Studio yang pertama di negara ini bersama peranti Galaxy S8 / S8+ untuk memberi pengalaman penuh kepada orang ramai di luar sana.

KC Foo, pengguna Samsung Galaxy S8+
Shahrul Azuri, pengguna Samsung Galaxy S8+
Vijay Anand, pengguna Samsung Galaxy S8

Pameran ini diadakan serentak di beberapa buah tempat seperti di Sunway Pyramid (Lembah Klang), Queensbay Mall (Pulau Pinang) dan Sutera Mall (Johor Bahru). Di sana, anda boleh merasai pengalaman menggunakan alat realiti maya bersama alat kawalan, kamera Gear 360 generasi ke-2 dan produktiviti mudah alih Samsung Dex.

Sambutan hebat di Roadshows
Sambutan hebat di Roadshows

Selain itu, sambutan yang diterima di ketiga-tiga Roadshows  ini sangat memberansangkan walaupun mereka perlu beratur panjang. Rata-rata dari mereka yang membeli Samsung Galaxy S8 / S8+ sangat berpuas hati dengan tawaran istimewa yang diberikan tanpa mengeluh walaupun perlu menunggu berjam-jam lamanya sebelum jualan dibuka.

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here