Rasmi! Samsung Galaxy S8 & S8+, Peranti Paling Berkuasa Pernah Dilancarkan Oleh Samsung

1247
**********
Presiden Samsung Malaysia Elektronik, Lee Sang Hoon bersama Samsung Galaxy S8, S8+

Bertempat di Sunway Pyramid, Petaling Jaya, Samsung Malaysia Elektronik (SME) hari ini telah melancarkan Samsung Galaxy S8 dan S8+ untuk pasaran tempatan. Di kesempatan ini juga, mereka turut membawa Gear VR (bersama alat kawalan) dan Gear 360 iaitu sebuah kamera pandangan 360 darjah. Peranti ini diperkenalkan dengan dua saiz paparan yang berbeza 5.8 inci dan 6.2 inci melengkung dengan bingkai atas dan bawah yang nipis yang dipanggil Infinity Display.

Nisbah penjualan pra-tempah Galaxy S8 berbanding Galaxy S7

Di dalam badan Samsung Galaxy S8 dan S8+, terdapat cip pemproses 10nm yang paling berkuasa pernah dikeluarkan oleh Samsung. Kamera belakang dilengkapi dengan 12 Megapiksel bagi hasil gambar yang terang dan jelas berbanding telefon pintar lain.

Untuk mengakses Galaxy S8 dan S8+, Samsung telah memasukkan ciri lain seperti pengimbas wajah, pengimbas mata dan juga pengimbas cap jari yang terletak di bahagian belakang. Namun, pada model kali ini butang Home tidak lagi digunakan malah digantikan dengan butang Bixby iaitu pembantu maya yang boleh membantu aktiviti harian anda.

Penjualan telefon pintar Samsung Galaxy S8 dan S8+ akan bermula pada hari esok 5 Mei 2017 di Roadshows, Samsung Experience Store dan pengedar terpilih pada harga RM3,299 untuk Galaxy S8 dan RM3,699 untuk Galaxy S8+, dengan warna pilihan Midnight Black bersama warna baru Orchid Gray dan Maple Gold.

Untuk reviu dan keupayaan peranti dari Samsung ini, kami akan sediakan pada artikel dalam masa terdekat ini. Nantikan…

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here