OPPO Tampilkan OPPO F3 – Dengan Dua Kamera Di Hadapan Dan Paparan 5.5 Inci

1319
**********

Jika satu kamera swafoto pada telefon pintar anda tidak cukup, OPPO F3 boleh mengambil alih tugas yang sedemikian. Ini kerana, penampilan OPPO F3 adalah model alternatif jika anda merujuk kepada saiz paparan yang tidak terlalu besar seperti mana OPPO F3 Plus yang menggunakan saiz paparan 6 inci.

Resolusi pada paparan ini mencapai HD penuh 1080p dengan perlindungan Corning Gorilla Glass 5, cip kuasa daripada MediaTek MT6750T lapan teras, RAM sebesar 4GB dan storan 64GB menyokong slot kad microSD (sehingga 256GB).

Untuk prestasi kamera pula, di hadapan terletaknya dua sensor 16 Megapiksel + 8 Megapiksel PDAF dengan LED flash, dan 13 Megapiksel di bahagian kamera belakang. Bateri yang digunakan untuk menjana kuasa sebanyak 3200mAh dan sokongan VOOC Flash Charge.

Peranti ini akan mula dijual pada 13 Mei di pasaran India, Vietnam, Indonesia, Filipina dan Myanmar yang rata-rata permintaan pada segmen ini lebih tinggi. Harga yang disyorkan ialah USD320 (kira-kira RM1,388).

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here