Netflix Tidak Boleh Dimuat Turun Pada Peranti Yang Sudah Di ‘Root’ Pada Kemaskini Akan Datang

550
**********

Peranti yang telah di ‘root’ akan memberi keseronokan kepada penggunanya kerana ia memberi keistimewaan melebihi had yang ditetapkan. Oleh itu, Netflix telah mengeluarkan kemaskini terbaru supaya ia tidak lagi boleh digunakan untuk memuat turun aplikasi popular tersebut. Hari ini, beberapa pengguna telah dihalang untuk mengakses Netflix di Google Play dengan satu mesej ringkas “Peranti anda tidak serasi dengan versi”.

Dalam satu kenyataan yang diberikan, versi terbaru 5.0 kini bergantung sepenuhnya kepada DRM Widevine disediakan oleh Google. Oleh itu, banyak peranti Google yang tidak sah atau telah diubah tidak akan menemui Netflix di Google Play. Bagi mereka yang tidak tahu, Widevine ialah syarikat Google yang menyediakan perlindungan kandungan berbilang platform untuk perkhidmatan penghantaran video internet.

Sementara itu, pengguna yang telah ‘root’ masih lagi boleh menggunakannya seperti biasa. Bahkan, ia tidak dihalang sekiranya Netflix sudah dipasang atau dimuat turun melalui APK.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here