Dapatkan Huawei MediaPad M3 Dengan Harga Pakej RM1,999 – Akses Percuma Ke HyppTV Dan Pelbagai Tawaran Istimewa

1272
- Iklan -

Akhir-akhir ini permintaan peranti tablet dilihat kurang mendapat sambutan, oleh itu, Huawei telah berkolaberasi bersama Webe iaitu telco yang baru menjengah pasaran tempatan telah memperkenalkan pakej bundel dengan setiap pembelian Huawei MediaPad M3.

Pakej bundel ini menawarkan akses percuma ke HyppTV selama sebulan dengan 60 saluran istimewa. Di samping itu, anda hanya perlu membayar komitmen bulanan sebanyak RM59 sepanjang 12 bulan untuk WebeBroadband.

Ia tidak berakhir kerana anda juga mendapat pelengkap pakej ini dengan membawa pulang satu sarung kulit boleh lipat (bernilai RM199), satu set fon telinga Bluetooth bernilai RM299 (200 pelanggan pertama melalui laman atas talian Webe), satu pelindung skrin dan juga satu kain pengelap (bernilai RM69).

Kombinasi ini boleh didapati di dan di tiga cawangan Webe serta 104 stor TM Point.

Jadi apa tunggu lagi, cepat dapatkan Huawei MediaPad M3 sekarang!

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here