Celcom Menawarkan Samsung Galaxy S8 / S8+ Dengan Harga Serendah RM145!

1484
**********

Celcom antara syarikat telco yang pertama yang menawarkan peranti Samsung Galaxy S8 / S8+ bersama pelan pascabayar mereka. Bukan sekadar memberi pelanggan memilikinya pada harga yang rendah, tetapi tujuan utama adalah untuk memberi pengguna menikmati keupayaan data Internet berkelajuan sangat tinggi Lightning Fast LTE dari Celcom sendiri di peranti Samsung Galaxy S8 / S8+ yang turut menyokong sambungan 4.5G.

Pelan yang diperkenalkan iaitu EasyPhone yang mana pelanggan perlu membuat ansuran bayaran selama 24 bulan. Setiap satunya boleh dimiliki dengan harga bulanan serendah RM145 dan RM165. Pelanggan juga boleh memilih bayaran tambahan sebanyak RM30 bagi perlindungan peranti yang menjadikan jumlah sebanyak RM175 dan RM195.

Selain daripada pelan ansuran tersebut, pelanggan juga boleh memiliki Samsung Galaxy S8 / S8+ dengan harga RM2,168 dan RM2,498 bersama langganan pelan Celcom FIRST Platinum, manakala langganan kepada pelan Celcom FIRST Gold Plus, boleh dimiliki dengan harga RM2,478 dan RM2,808 setiap satu.

Tambahan, pelanggan yang ingin membeli Samsung Galaxy S8 dan S8+ akan mendapat menaiki Uber Secara Percuma pergi dan balik ke cawangan Blue Cube yang terpilih yang berdekatan. Celcom juga menyediakan kemudahan yang istimewa kepada pembeli dengan adanya Priority Lane’ dan ‘Kotak Misteri’ yang membolehkan mereka memiliki Samsung Galaxy S8 pada harga RM888.

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here