Acer Predator Triton 700 – Komputer Riba Berkuasa Tinggi

1062
- Iklan -
Acer Predator Triton 700

Siri Predator keluaran Acer ialah sebuah komputer riba yang sudah tentu menjadi kegilaan buat gamer, baru-baru ini di acara rasmi yang berlansung di New York, Acer telah memperkenalkan model Acer Predator Triton 700 dengan reka bentuk yang garang dan agresif.

Acer Predator Triton 700

Ketebalan kerangka komputer riba gaming ini mencecah 18mm menjadikan ia sebagai yang ternipis di dunia berbanding komputer riba gaming yang lain di dalam kelasnya.

Spesifikasi
  • CPU: Intel Core i7-7700HQ
  • GPU: NVIDIA GeForce GTX 10-Series
  • RAM: 16GB / 32GB DDR4
  • MEMORI: 512GB SSD Pcle
  • SISTEM OPERASI: Microsoft Windows 10
  • USB: 3 x USB 3.1 Type-A, 1 x USB Type-C
  • VIDEO: HDMI , DisplayPort
  • WIFI: Killer LAN 802.11ac
  • PAPARAN: 15.6” IPS LCD 1920 x 1080p

 

Dikuasakan oleh cip pemproses generasi ke-7 Intel Core, kad grafik NVIDIA GeForce siri yang ke-10 dan jumlah RAM yang boleh ditingkatkan sehingga 32GB DDR4 ini tidak perlu dipertikaikan kebolehannya.

Kepingan Corning Gorilla Glass yang terletak di atas papan kekunci ini dijadikan sebagai trackpad dan jelas boleh kelihatan kipas penyejuk yang diberi nama AeroBlade 3D dengan saluran pengeluar haba.

Dari segi paparan pula, ia didatangkan dengan saiz 15.6 inci jenis IPS berkualiti 1080p yang menyokong ciri-ciri permainan VR dan juga menyokong monitor tambahan. Paparan yang mengasyikkan ini tidak lengkap tanpa sistem audio Acer TrueHarmony yang memastikan alunan suara yang dilontarkan jelas dan berkualiti.

Ciri-ciri tambahan dipadatkan dengan fungsi sambungan WiFi Killer DoubleSot Pro dan Thunderbolt 3, iaitu menyediakan kelajuan sehingga 40Gbps dan sokongan ulang tayang 4K video tanpa sebarang gangguan dan sekatan. Selain itu, ia hadir dengan dua port USB Type A, satu port USB Type-C di bahagian tepi, manakala satu sambungan DisplayPort dan Gigabit Ethernet di bahagian belakang.

Sudah tentu laptop gaming ini tidak lengkap tanpa papan kekunci jenis mekanikal, ini bagi memastikan kepuasan menaip dengan laju dan tepat serta masa respon yang pantas. Papan kekunci ini mempunyai lampu RGB Backlit yang boleh diprogramkan secara individu. Harga bagi model Acer Predator Triton 700 ini mencecah USD 2,999 (kira-kira RM13,011), harga yang ditawarkan ini tidak boleh dipersoalkan kerana komputer riba ini memiliki kerangka badan yang nipis, pemprosesan yang canggih serta keupayaannya yang tinggi.

 

Acer Predator Helios 300

Pada masa yang sama ada juga model Predator yang lain dengan menawarkan harga yang lebih rendah, iaitu Acer Predator Helios 300 yang terdapat dalam varian paparan berbeza yang bersaiz 15.6 inci dan 17.3 inci.

Paparan yang menggunakan jenis IPS HD penuh ini dikuasakan oleh cip pemproses generasi ke-7 Intel Core i7 atau i5 bersama kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1060 atau 1050Ti. Tambahan, ia menyokong sambungan WiFi pantas dan jenis storan SSD dan sistem penyejuk jenis AeroBlade 3D. Sistem ini juga menggunakan dua kipas bagi mengekalkan suhu dan mengurangkan pengeluaran haba. Manakala perisian PredatorSense menjadikan sistem GPU mudah dikawal dan terurus.

Fizikal luaran pula masih mengekalkan reka bentuk yang bersegi supaya karakter Predator yang asal tidak ditinggalkan. Bagi pengguna yang ingin kelihatan sedikit premium, model ini boleh dipertingkatkan dengan pelindung atas dan bahagian papan kekunci menggunakan material tambahan jenis logam. Model Acer Predator Helios 300 dijual dengan harga bermula USD1,299 (kira-kira RM5,636).

 

Acer Predator X27

Beralih kepada model Monitor pula, Acer memperkenalkan dua jenis terdiri daripada Predator X27 yang menyokong NVIDIA G-SYNC HDR beresolusi 4K dan Predator Z271UV 1800R dengan paparan melengkung di bahagian sisi.

Acer Predator X27

Kedua-dua model ini memiliki teknologi Quantum Dot seperti paparan yang lebar, terang dan warna yang tepat. Predator X27 menyokong sehingga 99% ruang warna Adobe RGB, manakala Predator Z271UV pula mencecah sehingga 130% lebih tinggi.

Acer Predator Z1

Selain itu, ia dimuatkan dengan ciri-ciri NVIDIA ULMB (Ultra-low Motion Blur) yang memberikan imej yang lebih realistik. Dengan adanya teknologi Tobii Eye-Tracking ini, dapat membantu gamer untuk membidik, menembak dan meneroka dengan lebih intuitif. Harga bagi kedua-dua model monitor ini belum lagi diumumkan oleh pihak Acer.

 

 

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here