90 Minutes Ultra Smart Sportswear, Kasut Pintar Dengan Teknologi Intel

1057
**********

Sebelum ini, Xiaomi pernah bekerjasama dengan pengeluar peralatan sukan Li-Ning untuk memperkenalkan kasut pintar mereka sendiri. Baru-baru ini mereka sekali lagi hadir dengan sebuah kasut pintar terbaru, di bawah syarikat ekosistem mereka Mijia yang dinamakan sebagai Xiaomi 90 Minutes Ultra Smart Sportswear.

Hadir dengan rekaan seakan sama dengan kasut sukan biasa, tetapi kelebihan yang dimiliki oleh kasut pintar ini adalah dikuasakan oleh sokongan pemproses Intel Curie. Dengan pemproses yang disokong, ia membolehkan pengguna menyimpan data ketika melakukan apa jua senaman seperti berlari, berbasikal dan beberapa lagi.

Bukan itu sahaja, data berkenaan juga digunakan untuk menganalisa pelbagai perkara dan dalam masa yang sama dapat memantau tahap kecergasan anda. Boleh beroperasi selama 90 hari dengan sekali pengecasan, Xiaomi menawarkan kasut larian ini hanya untuk pasaran China dan memfokuskan kepada atlet serta pelari profesional sahaja pada harga ¥ 299 (kira-kira RM 187).

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here