Xiaomi Mi Max 2 Akan Dilancarkan Bersama Mi 6 Serentak Pada 19 April?!

1233

Laporan berita dari China memberitahu Xiaomi betul-betul ingin mendominasi pengguna telefon pintar tahun ini dengan menambah satu lagi model phablet paparan bersaiz 6.44 inci HD penuh 1080p yang akan diberi nama Mi Max 2, dikhabarkan akan hadir bersama pelancaran Xiaomi Mi 6 pada 19 April nanti.

Phablet sebesar ini dioperasikan oleh Android Nougat 7.1.1 terus dari kilang, hadir dengan versi 4GB RAM yang dikuasakan Snapdragon 626, serta versi 6GB yang dikuasakan Qualcomm Snapdragon 660.

Tidak hairan jika kebanyakan phablet menggunakan spesifikasi kamera yang rendah, seperti Mi Max 2 ia dilengkapi dengan kamera belakang 12 megapiksel dan kamera depan 5 megapiksel. Paparan yang besar dan beresolusi tinggi serta cip pemprosesan yang baik semestinya menggunakan kuasa yang banyak, oleh itu bateri sebesar 5000mAh dimuatkan.

Harga jualan dianggarkan bermula daripada CNY1,699 (kira-kira RM1,090) dan CNY1,499 (kira-kira RM961) untuk edisi standard.

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here