Xiaomi Mi 6 Akan Dilancarkan Pada Bulan Ini?!

1426

CEO dari Xiaomi, Lei Jun sendiri telah mengesahkan bahawa kita akan melihat kemunculan peranti terbaru Mi 6 pada bulan April ini. Walaupun dwi-kamera menjadi trend peranti pintar masa kini, namun Xiaomi tidak mahu turut sama mengikut trend ini, sebaliknya menambahbaik dengan 30 megapiksel pada kamera utama.

Mengikut khabar angin, Mi 6 akan didatangkan dengan dua kotak yang berbeza bermaksud dua varian. Salah satunya versi spesifikasi tinggi dengan kamera 30 megapiksel, manakala versi kedua cuma spesifikasi asas tetapi kedua-duanya memakai cip pemprosesan yang sama.

Tambahan lagi, versi spesifikasi tinggi ini menawarkan kamera depan 8 megapiksel, memori dalaman sebesar 128GB, dibantu oleh 6GB RAM serta dibekalkan bateri berkapasiti 4000mAh, menjadikan peranti ini boleh bertahan dalam jangka masa yang lama. Skrin paparan-nya pula sebesar 5.7 inci.

Hasil gambar yang diambil oleh Xiaomi Mi 6 tersebar di laman sosial Weibo

Pada model asas, ia mempuyai kamera utama beresolusi 12 megapiksel dan kamera depan pula 4 megapiksel, bateri juga tidak sebesar model high end hanya 3200mAh. Paparan skrin kecil sedikit berbanding versi high end iaitu 5.15 inci, memori dalaman pula hanya 64GB dan RAM sebesar 3GB.

Gambar konsep

Sumber yang lain juga menyatakan ada satu lagi varian yang dikuasakan oleh cip pemprosesan Helio X30 dengan 4GB RAM dan 128GB ROM. Walau bagaimanapun, perkara ini tidak disahkan oleh Xiaomi sendiri sama ada dua atau tiga varian yang akan dilancarkan. Kita nantikan info selanjutnya dari mereka pada masa terdekat ini.