Instagram Umum Peroleh 700 Juta Pengguna Serata Dunia

838

Gambar yang diambil di telefon pintar sering kali dimuat naik di laman sosial, termasuklah Instagram. Ciri-ciri yang ada pada Instagram ini lebih mudah diguna dan tidak hairanlah pembangun aplikasi yang dimiliki oleh Facebook ini menjangkau sehingga 700 juta pengguna yang berdaftar.

Pada bulan Disember 2016, mereka mencatatkan 600 juta pengguna dan meningkat kepada 100 juta dalam masa empat bulan sahaja. Kemajuan ini mengukuhkan lagi syarikat berkenaan dan dijangka angka tersebut akan terus bertambah.

Instagram telah memperkenalkan ciri-ciri Stories, di mana pengguna boleh berkongsi gambar dan video yang akan terpadam secara automatik dalam tempoh masa 24 jam. Ciri-ciri ini pertama kali diperkenalkan oleh Snapchat, dengan sambutan yang memberansangkan Instagram juga turut serta dan diikuti oleh Facebook dan WhatsApp.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here