Headphone Terbaru Dari Soul Diberi Nama Ultra

1168

Soul adalah pengeluar fon kepala berkualiti tinggi yang dapat mengubah cara hidup anda apabila memakainya, dijual pada harga yang berpatutan setiap orang mampu untuk memilikinya sebuah.

Soul Ultra terdiri daripada dua pemandu neodymium 40mm yang berkuasa, direka untuk prestasi bunyi yang beresolusi tinggi yang mampu memberikan pengalaman bunyi yang dinamik dan berkuasa.

Headphone ini dicipta menggunakan kulit lembut sebagai pengikat kepala, dan pad telinga untuk keselesaan serta diselitkan kemasan chrome memberikan rasa kemewahan kepada para pencinta muzik atau gamer.

Di samping itu, Soul Ultra serasi untuk kebanyakan telefon pintar ataupun peranti multimedia malah boleh dilaraskan kekuatan bunyi apabila digunakan untuk memanggil atau menjawab panggilan.

Soul Ultra boleh didapati dengan warna Silver sahaja dan dijual pada harga RM299 di pengedar yang sah.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here