Google Play Menerima Perubahan Paparan Antaramuka

1546
- Iklan -

Hari ini para pengguna Android akan menerima perubahan pada aplikasi Google Play mereka secara berperingkat-peringkat. Perubahan ini akan berlaku secara automatik setelah anda membuka aplikasi berkenaan. Paparan Google Play pada versi 7.6.08 yang baru ini lebih mudah untuk difahami kerana tarikh kemaskini terakhir akan dipaparkan di bawah nama setiap aplikasi anda. Selain itu, ‘star rating’ di bawah nama aplikasi telah ditukar kepada ‘saiz’ aplikasi tersebut.

▲ Menu utama tidak ada apa-apa perubahan pada kedua-dua versi.

 

▲ Pada versi baru mengandungi maklumat tentang saiz aplikasi dan masa (tarikh) terakhir dikemaskini di bawah setiap aplikasi.

 

▲ Pada sebelah kanan diperkenalkan butang ‘OPEN’ jika sebelum ini hanya menunjukkan aplikasi sudah dimuat turun ‘INSTALLED’

 

Kami berpendapat pada versi baru ini lebih mudah untuk difahami dan maklumat tentang aplikasi mudah untuk dilihat. Kepada sesiapa yang belum mendapat kemaskini ini harap bersabar ya!
- Iklan -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here