Gionee M6S Plus Akan Dilancarkan Secara Rasmi pada 24 April

1078
- Iklan -

Syarikat yang ditubuhkan pada 2002 di Shenzhen, Guangdong ini antara kilang pengeluar telefon pintar terbesar di China. Baru-baru ini gambar menunjukkan jemputan ke majlis pelancaran produk terbaru Gionee M6S Plus tersebar di laman sesawang.

Gionee M6 Plus

Bagaimanapun, di atas kad tersebut tidak tertulis sebarang spesifikasi pada M6S Plus, bahkan cuma kelihatan pengimbas cap jari sahaja. Pada pandangan kami, mereka mungkin akan mengekalkan cip keselamatan sepuluh lapisan perlindungan untuk data peribadi pada M6 dan M6 Plus pada tahun 2016.

Barisan siri ‘M’ bermaksud ‘Marathon’ yang lebih kepada kapasiti bateri besar pada smartphone mid-end, dijangkakan bateri sebesar 6020mAh dan 6GB RAM dimuatkan pada peranti ini. Untuk kepastian kita tunggu pada majlis pelancaran kelak, namun adakah akan masuki pasaran tempatan kita hanya boleh nantikan berita dari Gionee sahaja.

- Iklan -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here