Reviu Eksklusif: Bunny PowerBank Charm 5200mAh – Comel dan Berkuasa!

2598
**********

Siapa sangka patung arnab dari Simply Ohsem ini sebenarnya sebuah powerbank yang mampu mengecas peranti anda di mana-mana pada bila-bila masa. Bukan sekadar hiasan, Bunny PowerBank Charm ini mempunyai simpanan bateri berkapasiti 5200mAh di dalam badannya. Port sambungan USB pula terletak di bahagian belakang badan patung ini menjadikan ia tersembunyi dan sukar untuk dilihat.

Amat sesuai kepada pengguna yang mementingkan Fashion statement.

▲ Kelebihan Bunny Powerbank ini, ia boleh digantung di mana-mana tempat seperti beg galas, beg sandang, beg tangan ataupun hiasan pada kunci kereta anda. Sentuhan fizikal pada Bunny ini terasa amat lembut kerana bulu yang digunakan agak berkualiti tinggi.

 

▲ Di bahagian atas terdapat indikator kapasiti bateri yang tinggal, manakala di bahagian tengah pula menyediakan satu port input USB untuk mengecas powerbank ini kembali. Seterusnya, di bahagian bawah pula adalah port USB untuk mengecas peranti.

 

▲ Bunny PowerBank sedang mengecas peranti.

 

▲ Set lengkap pembelian Bunny Powerbank Charm.

Terdapat pilihan dalam warna hitam, kelabu dan putih, harga yang ditawarkan adalah RM120 daripada harga asal iaitu RM150. Dengan setiap pembelian Bunny Powerbank Charm, anda akan mendapat penghantaran pos secara percuma.

 


PERADUAN sempena hari pekerja

Sekiranya anda tertarik dengan Bunny PowerBank Charm ini, maka inilah peluang keemasan bagi anda memenangi power bank ini secara percuma!

  • 5 Unit patung arnab ini akan diberikan secara percuma kepada pemenang bertuah!
  • Tarikh tutup ialah 2 Mei 2017.
Sertai peraduan sekarang juga!

 

Sorry. This form is no longer available.

 

Terima kasih atas tajaan

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here