

Jika sebelum ini anda mengambil masa untuk ke pusat servis tayar untuk bertanyakan harga atau menunggu giliran, kini dengan Carpit anda tidak perlu lagi menunggu lama atau mengambil masa bertanyakan harga di setiap kedai.
Aplikasi Carpit ini memudahkan anda dengan pilihan servis atau menukar ganti tayar serta penjajaran imbangan tayar dengan harga yang berbaloi. Selepas memuat turun aplikasi Carpit, anda perlu memasukkan pengenalan diri dan maklumat tayar kenderaan anda seperti saiz tayar, nombor pendaftaran kenderaan dan jenis kenderaan.
Selepas memasukkan semua maklumat, Carpit akan mencari kedai terpilih berdekatan dengan anda. Seterusnya Carpit akan menentukan harga untuk tayar, penjajaran imbangan tayar, cucian kereta dan kod diskaun jika ada. Pengguna hanya perlu membuat bayaran dengan kad kredit atau kad debit, selepas itu pengguna hanya perlu ke kedai yang dipilih dan membuat servis tersebut.