**********

Selain WhatsApp, pasti ramai juga di kalangan pengguna eRing yang menggunakan aplikasi WeChat kan? Aplikasi ini juga tidak kurang hebatnya mendapat sambutan meriah di seluruh negara. Namun, ada juga yang hanya menggunakannya tanpa mengenali aplikasi ini. Kami di sini ingin memberi beberapa tip ringkas tetapi penting untuk pengguna WeChat.

 

  1. Hide Moment dari kenalan

Kadang-kadang apabila memuat naik status baru, ada di antara pengguna yang tidak mahu kenalan mereka membacanya. Tahukah anda Moments WeChat boleh disorok? Bagaimana?

 Caranya: Settings → Privacy → Hide User's Moments → Add nama yang diinginkan

 

  1. Tidak mahu diganggu

Ramai yang memang tidak suka menutup data Internet setiap hari, tetapi dalam masa yang sama tidak mahu diganggu. Ada caranya, semak!

Caranya : Settings → Do Not Disturb → On → Pilih Masa

 

  1. Sekat Kenalan

Sepertimana aplikasi sosial Facebook, anda juga boleh menyekat pengguna yang tidak diinginkan melalui kenalan WeChat.

Caranya : Kenalan → Block → OK → Blocked List

 

  1. Kontak Kecemasan

Sekiranya akaun WeChat anda digodam oleh mereka yang tidak bertanggungjawab, anda boleh mengambil semula akaun tersebut jika menyenaraikan kontak kecemasan.

Caranya : Settings → Account Security → Emergency Contacts → Add nama yang 
diinginkan

 

  1. Padam Akaun

Ramai juga pengguna WeChat yang bertanyakan bagaimana untuk memadam akaun mereka, kerana kebanyakan dari mereka lebih suka membuat akaun baru jika tidak suka dengan akaun WeChat yang sedia ada.

Caranya : Settings → Account Security → Delete Account

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here