Tiga Model Google Pixel Bakal Diperkenalkan Hujung Tahun Ini

935
**********

Google dikatakan sedang merencanakan versi terbaru Google Pixel yang akan hadir dalam tiga variasi. Model terbaru Pixel yang akan datang dikhabarkan akan hadir dalam model 5 inci dan model 5.5 inci dengan kod nama Walleye dan Muskie. Selain itu, terdapat juga model yang lebih besar dan berkuasa dengan kod nama Taimen.

Model-model ini dijangka akan dilancarkan pada akhir tahun 2017. Dilaporkan Pixels terbaru ini akan hadir dengan ciri kalis habuk dan kalis air, selain Google dikatakan sedang mencuba mempertingkatkan prestasi kamera Pixel di dalam keadaan malap. Kamera Pixel pada model sedia ada sudah pun diiktiraf ramai pihak dan pastinya Google mahu mengekalkan kelebihan tersebut.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here