Tangkap Gambar Subjek Jauh? Tak Ada Masalah Dengan ASUS Zenfone 3 Zoom

989
**********

ASUS hari ini mengumumkan Zenfone 3 Zoom, telefon pintar 5.5 inci yang menurut ASUS adalah paling nipis dan paling ringan di dunia dilengkapi bateri 5000mAh dan sistem kamera dwi-lensa yang menjadi kegilaaan masa kini.

Sistem dwi-lensa Zenfone 3 Zoom terdiri daripada dua sensor di mana sensor utamanya adalah 12MP SuperPixel SONY IMX362, 25mm, dengan f/1.7 aperture. Sensor utama ini dibantu lensa kedua yang menpunyai kebolehan 2.3 optical zoom dengan sensor 12MP, 59mm dan f/2.6 aperture.

Kamera SuperPixel sesuai untuk mengambil gambar subjek umum dan gambar makro pada jarak sehampir 10cm, manakala kamera optical-zoom pula mampu mengambil gambar subjek yang jauh dengan baik. ZenFone 3 Zoom juga mempunyai salah satu kamera hadapan paling berkuasa dengan sensor 13MP Sony IMX 214 yang bakal memberikan anda gambar selfie yang bekualiti.

 

HASIL GAMBAR
Zoom 1x – HDR On
Zoom 2.3x – HDR On
Outdoor – HDR On
Low Light – HDR On
In Motion

 

Spesifikasi
Dimensi 154.3 x 77 x 7.99mm
Berat 170g
Warna Navy Black, Glacier Silver & Rose Gold
Paparan 5.5 inci Full HD 1920 x 1080p AMOLED display
2.5D Corning Gorilla Glass 5
CPU Qualcomm Snapdragon 625
GPU Adreno 506
RAM / ROM 4GB RAM / 64GB ROM
Kamera Utama 12MP SuperPixel, 25mm, f/1.7 aperture, 6p lens, 81.8-degree field of view, saiz sensor 1/2.55”, 1.4um pixel pitch Sony IMX362 sensor, OIS, rakaman video 4K UHD dengan EIS, sokongan fail RAW dengan Android 7.0 (Nougat).
Kamera Hadapan 13MP PixelMaster, f/2.0 aperture, Sony IMX214 sensor
SIM card / SD slot Slot 1: Nano SIM (3G/4G)
Slot 2: Nano SIM (3G/4G) / microSD sehingga 2TB
Bateri 5000mAh, Menyokong Reverse Charging
Harga RM 2,099

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here