**********

HARGA: RM1,799

Selepas kemunculan vivo V5 di pasaran tempatan, Vivo baru-baru ini telah memperlihatkan sebuah lagi model baru, V5Plus yang merupakan model peningkatan bagi V5. Apa yang istimewanya model terbaru dari Vivo ini? Ia adalah peranti pertama yang tampil dengan penggambaran dwi kamera hadapan beresolusi 20 Megapiksel Sony IMX376 dan 8 Megapiksel dengan lampu tataan cahaya khas yang dikenali sebagai softlight. Kini dengan penggambaran hadapan dwi kamera, anda turut boleh mengambil gambar bokeh seperti kamera dua lensa yang lain.

 

PAKEJ PEMBELIAN

Kotak Pembungkusan & Aksesori

Setiap pembelian Vivo V5Plus telah disediakan dengan (1) kotak pembungkusan (2) Vivo V5Plus (3) pelindung jernih (4) pelindung skrin (5) adapter pengecas (6) kabel microUSB (7) earphone (8) buku panduan dan kad waranti serta (9) pin untuk membuka kad SIM.

 

PERBEZAAN 2 MODEL

Jika dilihat pada rekaan V5Plus, ia seakan sama dengan V5, tetapi masih terdapat beberapa spesifikasi yang dipertingkatkan pada model terbaru Vivo ini. Walaupun masih mengekalkan paparan skrin yang sama berukuran 5.5 inci, resolusinya telah dipertingkatkan kepada 1920 x 1080 piksel berbanding hanya 1280 x 720 piksel sebelum ini. Spesifikasi lain yang dikemaskini adalah seperti di bawah.

(Kiri) Vivo V5Plus (Kanan) Vivo V5

 

Vivo V5Plus Vivo V5
Sistem Operasi Android 6.0 Marshmallow
(Funtouch OS 3.0)
Android 6.0 Marshmallow
(Funtouch OS 2.6)
Pemproses Qualcomm Snapdragon 625 Octa Core 2.0GHz MediaTek MT6750
Octa Core 1.5GHz
Kad SIM Dual SIM / Nano SIM Dual SIM / Micro SIM
Ukuran / Berat 152.58 x 74 x 7.26mm / 158.6g 153.8 x 75.5 x 7.6 mm / 154g
Teknologi Skrin Corning Gorilla Glass 5 Corning Gorilla Glass
Paparan Skrin 5.5 inci (1920 x 1080 piksel) 5.5 inci (1280 x 720 piksel)
Memori 64GB ROM, 4GB RAM 32GB ROM, 4GB RAM
Kad Memori Tambahan X microSD (sehingga 256GB)
Kamera Utama 16 Megapiksel + LED flash 13 Megapiksel + LED flash
Kamera Hadapan 20 Megapiksel & 8 Megapiksel + Softlight 20 Megapiksel + Softlight
Rakaman Video 4K (2160p) HD (1080p)
Bateri 3160mAh 3000mAh
Pengecasan Pantas X
Pengimbas Cap Jari
Warna Emas Emas & Merah Jambu

 

APA YANG COOL?!

Penggambaran Swafoto Dwi Kamera

Vivo V5Plus merupakan smartphone pertama yang hadir dengan lensa penggambaran dwi kamera pada kamera hadapan. Dilengkapi dengan lensa beresolusi 20 Megapiksel dan 8 Megapiksel berserta tataan cahaya khas yang dikenali sebagai softlight bagi menghasilkan gambar yang lebih natural dan terang ketika anda mengambil selfie di kawasan yang mempunyai cahaya terhad.

Sensor saiz 1/2.78” Aperture f/2.0 5P Lens System
SONY IMX376 Image sensor

 

Mod Penggambaran

BOKEH: Penggambaran menggunakan mod Bokeh, menghasilkan gambar yang cantik dengan mengaburkan latar belakang dan memfokuskan kepada gambar yang diambil.

FACE BEAUTY: Gambar Swafoto pastinya akan lebih cantik dengan mod Face Beauty, di mana anda boleh melaraskan sendiri tahap kecantikan yang diinginkan.

WATERMARK: Bagi menjaga privasi gambar yang diambil, anda boleh meletakkan watermark yang disediakan.

HDR: Gambar Swafoto dengan mod HDR kelihatan lebih terang dan natural.

 

Penggambaran Utama

Selain kamera selfie, Vivo juga menyediakan kamera utama yang telah dipertingkatkan beresolusi 16 Megapiksel dengan sokongan LED flash berbanding 13 Megapiksel pada model sebelumnya. Dengan penggunaan sensor SONY IMX376, gambar yang dihasilkan bukan sahaja cantik, malah kelihatan lebih menonjol serta kejituan warna juga menyerlah. Kehadiran 12 mod yang disediakan juga membolehkan anda mengambil gambar dan merakam video dengan pelbagai mod berbeza.

** Mod Penggambaran ** 
• Normal • Face Beauty • HDR • Panorama • Night • Ultra HD • PPT 
• Anti Shake • Professional • Slow Video • Fast Video • Watermark

 

Rakaman Video 4K

Salah satu fungsi menarik yang disokong oleh V5Plus adalah kebolehan membuat rakaman video 4K, tidak seperti model sebelum ini yang hanya menyokong rakaman video HD penuh.

 

FUNGSI LAIN YANG ADA PADA VIVO V5PLUS

NEW!! Pengecasan Pantas

Salah satu fungsi istimewa yang tersedia pada V5Plus adalah pengecasan pantas yang tidak terdapat pada model Vivo V5 sebelum ini. Kini tidak menjadi masalah untuk mengecas bateri berkapasiti 3160mAh dengan lebih cepat dan pantas.  

 

Pengimbas Cap Jari

Pengimbas cap jari ini menyokong tindak balas yang pantas iaitu hanya 0.2 saat dan boleh  digunakan sehingga 5 jari berlainan pada satu-satu masa.

HiFi Music

Ia dilengkapi dengan chip audio berkualiti HiFi daripada AKM 4376 dan juga signal-to-noise yang mampu menghalang bunyi bising persekitaran sehingga 115db.

 

Mod Eye Protection

Menariknya mod ini, ia akan menukar warna paparan skrin ke warna yang lebih sesuai untuk dilihat oleh mata pada waktu malam.

 

Smart Split 2.0

Kini anda boleh anda boleh membaca mesej sambil menonton video serentak, dengan adanya fungsi Smart Split 2.0. Tetapi, anda perlu mengaktifkan fungsi ini terlebih dahulu.

 

i Manager

Pengurusan peranti terasa lebih mudah dengan adanya sokongan i Manager. Ia dapat memastikan kelancaran pengoperasian peranti.

 

HASIL GAMBAR

BOKEH
INDOOR
MALAM
SWAFOTO

KOMEN EDITOR

Sepertimana model Vivo V5, V5Plus pastinya mampu menarik perhatian golongan yang gemar berselfie kerana ia merupakan peranti pertama yang menampilkan dua lensa hadapan beresolusi 20 Megapiksel dan juga 8 Megapiksel dengan tataan cahaya khas yang dikenali sebagai softlight, bagi menghasilkan gambar yang kelihatan lebih natural dan terang ketika anda mengambil selfie di kawasan yang mempunyai cahaya terhad.

Lebih istimewa, dengan penggambaran dwi kamera depan, anda turut boleh mengambil gambar bokeh sama seperti smartphone yang mempunyai dwi kamera yang ada di pasaran sekarang, cuma bezanya ia menggunakan kamera depan.

Tidak dinafikan, peranti ini bukan sahaja memfokuskan kepada smartphone selfie semata-mata, spesifikasi lain yang telah dipertingkatkan seperti memori dalaman 64GB dengan RAM 4GB, penggambaran utama 16 Megapiksel, resolusi paparan skrin 1920 x 1080 piksel serta teknologi pengecas pantas yang tiada pada model Vivo V5 sebelum ini turut menjadi tarikan utama pada Vivo V5Plus.

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here