“With an overall DxOMark Mobile score of 89, pixel, the latest Google smartphone, is the highest-rated smartphone camera we have ever tested.”

 

Kenyataan dari DxOMark menunjukkan kemampuan kamera pada Pixel yang buat masa kini masih memegang skor tertinggi di dalam carta DxOMark, bahkan Huawei P10 yang baru dilancarkan ketinggalan dua skor di belakang Google Pixel.

Dari segi spesifikasi kamera, tidak banyak perubahan berbanding peranti Nexus terdahulu. Peranti dengan sistem operasi asli Android masih lagi menggunakan sensor 12.3MP yang dibantu aperture f/2.0, tetapi Google tidak menawarkan sistem penstabilan imej optik pada Google Pixel. Jadi bagi membantu pengguna Pixel mengurangkan kesan gegaran yang mengganggu kualiti gambar, Google melengkapkan kamera Google Pixel dengan giroskop.

Berdasarkan ulasan awal yang dibaca sekitar Internet, ramai yang amat menyukai fungsi HDR+ yang memberikan menala dan memberikan pencahayaan yang seimbang pada setiap gambar yang diambil. Selain itu, sensor 12.3MP ini juga dikatakan mampu menangkap butiran subjek dengan amat baik sekali.

 

Spesifikasi Kamera Google Pixel

Kamera Belakang
• Resolusi: 12.3 megapiksel
• Aperture: f/2.0
• Penstabil: Giroskop (EIS)

Kamera Hadapan
• Resolusi: 8 megapiksel
• Aperture: f/2.4

 

eRing mencuba sendiri kamera Pixel sepanjang beberapa minggu bagi melihat sendiri sama ada Pixel benar-benar hebat di dalam fungsi kameranya. Mari lihat beberapa hasil gambar yang diambil menggunakan Pixel.

OnePlus 3
Google Pixel
• Butiran imej lebih baik pada kamera Google Pixel
OnePlus 3 Zum 100%
Google Pixel Zum 100%

Kami menggunakan kamera OnePlus 3 sebagai perbandingan dari segi kualiti. Sebaik sahaja gambar ditangkap memang jelas terdapat perbezaan ketara di antara hasil gambar kedua-dua kamera. Perbezaaan pertama yang dapat dilihat adalah dari segi warna. Pada kamera Google Pixel, cahaya dan warna subjek nampak lebih natural manakala pada kamera OnePlus 3, cahaya matahari mempengaruhi warna hijau sehingga menampakkan tona warna kuning di dalam gambar.

 

OnePlus 3
Google Pixel
• Kawasan yang blown out akibat pendedahan cahaya
OnePlus 3 Zum 100%
Google Pixel Zum 100%

Gambar kedua jelas menunjukkan kehebatan mod HDR+ pada kamera Google Pixel. Gambar dari Goole Pixel menunjukkan subjek yang berada di kawasan yang gelap masih lagi nampak jelas berbanding imej yang ditangkap menggunakan OnePlus 3. Walaupun begitu, terdapat beberapa kawasan di dalam imej Google Pixel yang sedikit blown out akibat pendedahan cahaya.

HASIL GAMBAR

Berdasarkan kualiti gambar, kami sememangnya berpuas hati dengan apa yang mampu dilakukan Google Pixel. Hampir kesemua gambar yang ditangkap sepanjang menggunakan peranti ini amat baik dan mempunyai kualiti yang konsisten. Walaupun begitu terdapat satu perkara yang sedikit menyukarkan ketika menggunakan kamera.

Apabila paparan peranti dikunci dalam mod Portrait, viewfinder pada kamera Google Pixel tidak akan berubah secara automatik ke mod landskap apabila menukar peranti ke mod landskap. Jadi apabila gambar sudah ditangkap, kami perlu melakukan suntingan imej bagi mendapatkan posisi imej yang sepatutnya.

Mod Panorama
Ulasan kamera Google Pixel…

Kamera Google Pixel sememangnya layak berada di antara smartphone yang mempunyai sistem kamera terbaik pada masa kini. Fungsi HDR+ dan sensor 12.3 megapiksel pada peranti ini sememangnya berjaya menjalankan tugas dengan baik. Kecacatan pada sistem viewfinder yang mengunci paparan pada mod portrait merupakan masalah minor dan boleh diatasi dengan kemas kini perisian.

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here