Iklan LG G6 Sudah Keluar!

744
**********

Dari apa yang kami sudah lihat dan baca, tiada siapa yang akan menafikan bahawa LG G6 adalah telefon yang cukup menarik pada tahun ini. Namun sehebat mana pun sesebuah peranti, pasti ia akan berhadapan persaingan yang sengit, Google sudah pun mempunyai peranti yang hebat di pasaran melalui Pixel dan versi terbaru bakal diumumkan tidak lama lagi, Samsung pula dalam beberapa jam lagi akan melancarkan Galaxy S8.

Jadi sekarang adalah penting untuk LG untuk mempromosikan model G6 bagi memastikan pengguna kekal tertarik dengan peranti flagship terbaru mereka. Beberapa jam sebelum pesaing mereka melancarkan peranti baru, LG mula menayangkan iklan televisyen G6 di Amerika Syarikat dan negara-negara lain bagi memberi tumpuan kepada model ini.
 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here