Iklan Berdekah Untuk GearVR Terbaru Samsung

939
**********

Dunia Virtual Reality (VR) sememangnya sangat menarik, terutama sekali kepada mereka yang telah merasainya. Bagaimana pula untuk meyakinkan pengguna yang agak skeptikal untuk terjun sama ke dalam dunia VR. Di sinilah iklan memainkan peranan pentingnya, dan pada kebiasaannya iklan dengan unsur humor dan pelik akan berjaya menarik perhatian, namun banyak juga iklan yang gagal walaupun cuba menjadi lawak dan pelik.

Iklan Samsung untuk peranti GearVR terbaru mereka pula kami rasakan berjaya dalam tugasnya. Ia cukup unik dan sedikit pelik, tetapi tetap menghiburkan sehingga babak-babak iklan tersebut kekal bermain di kepala selepas menontonnya. Pasti selepas menonton video tersebut, ramai yang berminat untuk mencuba GearVR terbaru Samsung.

GearVR ini hadir bersama sokongan alat kawalan yang boleh dibeli secara bundle untuk USD 129.99 (kira-kira RM 574.37) atau jika anda hanya mahukan alat kawalan sahaja, unit tersebut dijual pada harga USD 39.99 (kira-kira RM 176.70).

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here