Butang Reaksi Bakal Menjelma Di Dalam Facebook Messenger

427
**********

Kira-kira setahun yang lalu, Facebook memperkenalkan butang reaksi di dalam platform sosial mereka. Butang reaksi dilihat sebagai langkah alternatif yang diambil Facebook apabila mereka enggan mengikut permintaan pengguna yang mahukan butang dislike digunakan di samping butang utama like.

Menurut Facebook, mereka kini sedang mencuba butang reaksi di dalam aplikasi Messenger, dan ketika ini sekelompok kecil pengguna sudah pun mendapat akses kepada butang reaksi di dalam aplikasi mereka. Masih tidak dapat dipastikan bilakah fungsi ini akan dilancarkan kepada pengguna umum.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here