**********

Sesebuah smartphone tidak lengkap sekiranya ia tidak dilengkapi dengan sokongan aplikasi yang mampu membantu, memudahkan ataupun melengkapkan segala macam aktiviti yang anda lakukan. Sepanjang anda menggunakan peranti Android, pernahkah anda berhadapan dengan isu ketika hendak memuat turun aplikasi tersebut di Google Play Store?! Ya, ia sememangnya terasa sangat menjengkelkan apabila terjadi, tetapi sekurang-kurangnya Google telah menggunakan kaedah yang boleh dianggap agak relevan dalam membantu pengguna mengenal pasti apakah masalah yang dihadapi. Jadi bagi membantu pemilik Android di luar sana, kami akan berkongsi dengan anda himpunan kod ralat di Google Play Store dan bagaimana caranya untuk mengatasi masalah tersebut…


Kod Ralat 1 – “Error Processing Purchase. [DF-BPA-09]”
Masalah:

“Google Play Error Processing Purchase DF-BPA-09” merupakan masalah yang sering terjadi apabila anda hendak memuat turun aplikasi dan masalah ini tidak akan hilang walaupun anda cuba memuat turun aplikasi dalam percubaan seterusnya. Apa yang anda perlu lakukan adalah dengan mengakses tetapan smartphone kerana ia melibatkan isu pada aplikasi Google Play Store itu sendiri.

Cara mengatasinya:
  • Akses menu Settings pada peranti Android anda
  • Klik pada menu Apps atau Application Manager bergantung kepada versi Android yang digunakan
  • Pilih tab All (bergantung kepada versi Android) dan cari Google Services Framework
  • Kemudian klik pada butang Clear data dan diikuti dengan butang OK

Kod Ralat 2 – “Package File Is Invalid”
Masalah:

Berbeza dengan ralat yang pertama, ralat “Package file is invalid” hanya akan muncul selepas aplikasi berjaya dimuat turun sehingga 100% tetapi ia tidak boleh dipasang pada peranti anda. Perkara ini sememangnya sangat mengecewakan pengguna kerana ia bukan sahaja menggunakan data Internet anda untuk proses muat turun tetapi malangnya aplikasi tidak dapat digunakan.

Cara mengatasinya:

Terdapat beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk mengatasi masalah ini:

Kaedah 1:
Akses Settings → Apps → All → Google Play Store → klik pada butang Clear cache
Tutup sambungan WiFi dan aktifkan sambungan data Internet telco anda
Cuba muat turun semula aplikasi tersebut

Kaedah 2:
Buang akaun Google anda dan restart peranti tersebut
Masukkan semula akaun Google anda dan cuba muat turun semula aplikasi yang diingini

Kaedah 3:
Akses laman sesawang Google Play Store pada PC dan masukkan akaun Google yang  sama seperti pada peranti Android anda
Cari aplikasi yang diingini dan klik sahaja pada butang Install bagi menjalankan proses pemasangan aplikasi secara automatik pada peranti Android


Kod Ralat 3 – “Authentication Is Required”
Masalah:

Isu ini terjadi apabila Google Play Store berhadapan dengan masalah untuk mendaftar masuk terutamanya selepas aplikasi Google Play Store dikemaskini ke versi yang baru.

Cara mengatasinya:

Terdapat beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk mengatasi masalah ini:

Kaedah 1:
Akses Settings → Accounts → buang akaun Google dan masukkan semula akaun Google tersebut.

Kaedah 2:
Akses Settings → Apps → All → Google Play Store → klik pada butang Clear cache dan Clear data

Kaedah 3:
Akses Settings → Apps → All → Google Play Store → klik pada butang Uninstall updates
Kemudian kemas kini semula aplikasi Google Play Store dan mendaftar masuk semula ke akaun Google


Kod Ralat 4 – “Error Retrieving Information From Server. [RH-01]”
Masalah:

Sebagaimana mesej yang tertera, masalah ini berlaku apabila Google Play Store tidak dapat mendapatkan maklumat daripada pelayan (server).

Cara mengatasinya:

Terdapat beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk mengatasi masalah ini:

Kaedah 1:
Akses Settings → Apps → All → Google Play Store dan klik pada butang Clear cache dan Clear data
Ulang langkah yang sama pada aplikasi Google Services Framework

Kaedah 2:
Buang akaun Google, restart peranti Android anda dan masukkan semula akaun Google


Kod Ralat 5 – “Can’t Install App (Error Code: -501)”
Masalah:

Ralat ini akan menyebabkan anda tidak boleh mengakses aplikasi Google Play Store ataupun tidak berjaya memuat turun aplikasi.

Cara mengatasinya:

Untuk mengatasinya, anda perlu mengakses Settings kemudian buka aplikasi Google Play Services dan Google Play Store, klik pada menu Clear cache pada kedua-dua aplikasi tersebut. Apabila selesai, akses Accounts dan buang akaun Google. Restart peranti anda, masukkan akaun Google, jalankan proses synchronize pada akaun Google tersebut dan biarkan peranti anda untuk tempoh beberapa minit. Selepas proses sync berjaya dijalankan, anda boleh memuat turun seperti biasa.


Kod Ralat 6 – “Error BM-GVHD-06”
Masalah:

Masalah ini akan terjadi apabila anda menggunakan kad Google Play dan ia terjadi di banyak negara.

Cara mengatasinya:
  • Anda dikehendaki menjalankan proses restart peranti. Sekiranya masalah masih terjadi, akses Settings → Apps → Google Play Store → klik butang Force stop dan diikuti dengan butang Uninstall updates.

Kod Ralat 7 – “Error -24”
Masalah:

Masalah ini tidak diketahui puncanya dan anda perlu menggunakan bantuan aplikasi root manager untuk mengatasinya.

Cara mengatasinya:
  • Anda perlu memiliki aplikasi Root Manager dan akses folder Android/data. Di dalam folder tersebut, cari nama pakej yang menjadi penyebab masalah dan anda boleh mengesahkan sama ada aplikasi itu betul atau tidak dengan melihat pada URL aplikasi itu di laman sesawang Google Play Store. Padam keseluruhan folder aplikasi tersebut dan muat turun dan pasangnya semula

Kod Ralat 8 – “Error -403”
Masalah:

Masalah ini menyebabkan muat turun aplikasi tidak berjaya dan permintaan untuk memuat turun aplikasi tersebut tidak menerima kebenaran. Ini selalunya terjadi apabila dua akaun Google digunakan di dalam satu peranti Android yang sama.

Cara mengatasinya:

Terdapat beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk mengatasi masalah ini :

Kaedah 1:
Padam proksi atau tetapan APN Internet anda dengan mengakses menu Settings → SIM cards & mobile networks → klik pada kad SIM yang anda gunakan untuk mengakses Internet pilih menu Access point names → klik pada menu Delete APN → masukkan semula tetapan APN yang baru

Kaedah 2:
Padam akaun Google anda dan cuba daftar semula dengan akaun Google yang baru.

5 KOMEN

  1. Saya nak tahu kenapa ada kod ralat [DF-FERH-01] dalam Google Play Store bahagian nama akaun gmail saya sekarang sedang gunakan peranti Lenovo A766 harap boleh tolong cara selesaikan masalah kod ralat yang bertanda [DF-FERH-01] dalam Google Play Store.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here