Nokia 3310 Kembali Dengan Versi Moden?!

2303
**********

Sebelum ini, HMD Global, syarikat dari Finland yang telah membeli hak eksklusif untuk penggunaan dan pengeluaran jenama Nokia telah pun mengumumkan Nokia 6 untuk pasaran China sahaja. Bersempena dengan pameran MWC 2017 yang akan datang, HMD Global tidak ketinggalan mahu melancarkan beberapa model telefon terbarunya selain Nokia 6.

Menurut perkongsian daripada @EvLeaks, salah satu telefon yang bakal diperkenalkan adalah telefon lejen Nokia 3310. Telefon bimbit popular ini amat terkenal dengan ketahanan bateri yang lama serta reka bentuk yang cukup tahan lasak, bagaimana pula versi terbaru yang bakal dilancarkan? Kita nantikan pelancaran rasmi dari pihak Nokia nanti.

Dua lagi model yang diberitahu adalah Nokia 5 dan Nokia 3. Kedengaran ura-ura, Nokia 5 menampilkan paparan lebih kecil iaitu berukuran 5.2 inci beresolusi 1280×720 piksel, RAM 2GB dan cip Snapdragon 430 serta kamera utama 12 Megapiksel; manakala tiada sebarang spesifikasi yang didedahkan untuk model Nokia 3.

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here