MWC 2017: LG G6 Diperkenalkan

1200
**********

Salah satu peranti yang dinanti-nantikan pada acara MWC 2017 akhirnya sudah diperkenalkan kepada dunia. LG G6 secara rasminya menjadi flagship terbaru dari LG yang nampaknya mengubah sedikit haluan mereka. Sebelum ini LG dikenali kerana memperkenalkan flagship dengan kebolehan yang agak terasing dari pesaing mereka, jika anda masih ingat LG pernah memperkenalkan flagship dengan fizikal peranti yang mempunyai kebolehan pulih sendiri dan juga konsep modular yang diperkenalkan pada model tahun lalu.

Tahun ini LG jelas meletakkan diri mereka sebagai pesaing di dalam kelompok elit dengan memperkenal peranti berkonsep bezel-less. Ramai yang sudah sedia maklum bahawa konsep ini adalah yang terkini dan bakal menjadi sesuatu yang cukup besar di dalam pasaran smartphone.

Bukan itu sahaja, LG juga memperkenalkan nisbah paparan yang agak unik pada LG G6 dengan paparan 18:9 dengan resolusi 2880 x 1440. Jadi pemilik peranti ini akan menikmati sebuah paparan yang memang benar-benar luas dan juga mempunyai kualiti resolusi yang baik. Selain itu LG juga menjadikan bucu paparan ini melengkung, menurut mereka perubahan reka bentuk ini menjadikan paparan LG G6 lebih baik dalam menyerap hentakan, lantas menambah ketahanannya.

LG G6 yang mempunyai dua kamera di bahagian belakang, satu dengan lensa biasa dan satu lagi dengan kebolehan menangkap gambar pada sudut yang luas. Kedua-duanya menggunakan sensor 13 Megapiksel, jadi tiada perbezaan kualiti yang ketara di antara kedua-dua kamera ini.

Harga dan tarikh pasaran masih belum diumumkan, kami akan mengemas kini berita LG G6 sekiranya syarikat tersebut memberikan maklumat terbaru.

Spesifikasi LG G6

Dimensi 148.9 x 71.9 x 7.9 mm
Paparan 5.7 inci, IPS LCD, 1440 x 2880 piksel
Sistem Operasi Android 7.0 Nougat
Pemproses Qualcomm Snapdragon 821
RAM 4GB
ROM 32GB / 64GB
microSD Menyokong sehingga 256GB
Kamera Utama: Dwi kamera 13MP (f/1.8 aperture, OIS, 3-axis) + 13MP (f/2.4 aperture), Laser Auto Focus, LED flash
Hadapan: 5MP, f/2.2 aperture
Bateri 3300mAh
Lain-Lain Pengesan cap jari dan USB Type-C

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here