Fungsi Ala-Ala Stories Muncul Pula Untuk WhatsApp

1362
**********

Fungsi Story, iaitu siaran video pendek yang boleh ditonton dalam tetingkap masa terhad pada mulanya diperkenalkan oleh Snapchat. Selepas Instagram memperkenalkan fungsi yang serupa, Facebook mengikut jejak langkah yang sama. Namun ia tidak berakhir di situ, satu lagi platform sosial milik Facebook baru sahaja memperkenalkan fungsi ini.

Bersempena ulang tahun WhatsApp ke-8 pada 24 Februari ini, WhatsApp akan melancarkan kemas kini yang membawakan fungsi Status kepada semua penggunanya. Fungsi Status terbaru ini membolehkan anda berkongsi gambar dan video kepada kenalan. WhatsApp juga menjamin keselamtan media yang dikongsikan, kerana mereka mengimplementasi sistem sekuriti inkripsi end-to-end.

Buat masa kini, kemas kini yang membawakan fungsi Status masih belum tiba ke mana-mana peranti kami. Kami akan berikan perkembangan semasa jika ianya sudah siap sedia dimuat turun pengguna di Malaysia.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here