Android Nougat Dalam Perjalanan Ke Peranti Honor 8 Anda!

965
- Iklan -

Kami ada berita baik untuk pemilik Honor 8!!!

headerHonor telah mengumumkan bahawa Android 7.0 Nougat akan mula dilancarkan kepada Honor 8 bermula hari ini (10 Februari 2017). Menurut mereka kemas kini tersebut akan dilancarkan kepada semua peranti Honor 8 di seluruh dunia menjelang penghujung bulan Februari.

1Kemas kini tersebut akan membawakan antaramuka EMUI 5 yang juga digunakan pada Huawei Mate 9. Terdapat banyak perubahan besar yang lain akan datang dengan EMUI 5 juga, seperti fungsi keselamatan yang lebih menyeluruh, reka bentuk antaramuka yang baru, dan juga keupayaan untuk menyusun semula senarai tetapan.

Selain dari tambah baik dan fungsi terbaru EMUI 5, pemilik Honor 8 juga bakal menikmati kelebihan Android Nougat seperti mod multi window, sistem notifikasi baru, mod Doze dan lain-lain lagi.

- Iklan -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here