Video Bocor Smartphone HTC Vive

1018
**********

1Dalam senyap-senyap HTC dikhabarkan sedang membangunkan beberapa buah peranti baru, salah satunya dikenali sebagai HTC Vive.

Di dalam sebuah video bocor yang dimuat naik oleh Evan Blass, HTC memperlihatkan tiga buah model smartphone yang dibina berteraskan konsep personaliti di mana mereka mengetengahkan ciri personalisasi di dalam rekaan mereka. Apa yang menarik adalah salah sebuah smartphone mempunyai label HTC Vive pada panel belakangnya.

2Masih belum ada apa-apa berita lanjut mengenai smartphone dengan label HTC Vive itu, namun berdasarkan video, kita dapat melihat ianya dilengkapi kamera dwi-lensa dan mempunyai rekaan agak futuristik dengan garisan antena yang dililit pada keempat-empat sisi badan peranti.

Adakah ketiga-tiga peranti ini akan diumumkan pada 12 Januari nanti? Beberapa minggu lalu kami ada kongsikan berita HTC yang akan diumumkan tidak lama lagi, kita tunggu dan lihat.

 

Baca Juga

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here