Tempah Pemandu Uber Terus Dari Dalam Aplikasi Google Maps

1483
**********

headerGoogle menjadikan hidup anda lebih mudah dengan fungsi baru yang diintegrasikan ke dalam Google Maps. Syarikat itu telah mengumumkan bahawa versi terbaru Google Maps pada Android dan iOS membolehkan pengguna meminta servis dari pemandu Uber terus dari dalam aplikasi Google Maps itu sendiri.

Versi terdahulu membolehkan anda menggunakan Google Maps untuk memeriksa anggaran harga dan melancarkan aplikasi Uber untuk mendapatkan pemandu. Kini, keseluruhan proses tersebut dilakukan terus di dalam Google Maps. Anda hanya perlu log masuk dengan maklumat akaun Uber anda dan ia sudah siap digunakan. Anda boleh mengakses fungsi ini pada bahagian “ride services” dan memilih perkhidmatan yang tersenarai.

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here