Pengumuman Huawei P10 Pada Februari Nanti

1250
**********

headerHuawei nampaknya sedang bersiap bersedia untuk memperkenalkan pewaris Huawei P9 tidak lama lagi. Syarikat dari China itu sudah mula menghantar jemputan kepada pihak media untuk sidang eksklusif pada acara MWC 2017 di Barcelona bermula 26 Februari nanti.

Khabar angin dan berita bocor Huawei P10 sudah berlegar-legar di ruang Internet sejak beberapa bulan lalu, tetapi tiada pengesahan atau bukti kukuh tentang rupa dan spesifikasi sebenar peranti ini. Antara ura-ura yang kuat diperkatakan baru-baru ini adalah Huawei P10 mungkin akan dilengkapi cip pemproses Kirin 960 dan skrin melengkung sisi.

1Pegawai eksekutif Huawei mengesahkan mereka meletakkan sasaran untuk mula memasarkan Huawei P10 sekitar bulan Mac atau April. Menurut laporan lain, peranti ini dijangka hadir dalam dua varian, satu dengan 4GB RAM / 64GB ROM dan satu lagi dengan 6GB RAM / 128GB ROM. Kita tunggu sehingga bulan Februari untuk melihat butiran penuh Huawei P10.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here