OPPO R9s, Dari Pakar Selfie Ke Kamera Belakang Berspesifikasi Profesional

2074

1OPPO telah melancarkan OPPO R9s di sebuah majlis pelancaran di Kuala Lumpur. OPPO R9s adalah sebuah kamera pintar yang dilengkapi dengan kamera belakang berteknologi tinggi, membolehkan pengguna untuk menangkap gambar yang jelas bila-bila masa, di mana sahaja. Selain itu, R9s juga memperkenalkan teknologi pengecasan pantas VOOC dan akses cap jari secepat kilat. Kini dengan R9s, penggemar kamera boleh menangkap gambar berkualiti professional dengan mudah.

2 3

Pada bahagian tengah kamera belakang R9s adalah sensor terbaharu IMX 398 Sony, sensor 1/2.8 inci ini telah dibangunkan bersama Sony dan OPPO. Gandingan sensor ini dan aperture f/1.7 yang memerangkap 40% lebih cahaya berbanding generasi sebelumnya menawarkan kelajuan hasil imej yang lebih cerah, dinamik warna yang lebih baik dan juga pengurangan noise di dalam gambar.

4Selain dari aspek kamera, R9s juga melakukan pembaharuan dari segi rekaan di mana kali ini OPPO memperkenalkan rekaan garisan belakang antena yang baharu. Gelung putih / hitam yang merentasi panel belakang kebanyakan smartphone telah digantikan dengan dua set tiga garisan ultra-halus. Garisan antena baru nampak lebih selari berbanding garisan antena yang dahulu dan secara estetiknya lebih baik, bahkan ia juga menawarkan prestasi yang lebih baik berbanding generasi sebelumnya.

Spesifikasi Asas
Dimensi 153 x 74.3 x 6.6 mm
Sistem Operasi Android 6.0 dengan ColorOS 3.0
Paparan 5.5 inci AMOLED Full HD 1920 x 1080 piksel
Cip Pemproses Qualcomm MSM8953 Snapdragon 625
Grafik Adreno 506
Memori RAM: 4GB
ROM: 64GB dengan sokongan MicroSD sehingga 256GB
Kamera Belakang: 16 MP, f/1.7, dual PDAF, LED flash
Hadapan: 16 MP, f/2.0
Bateri 3010mAh
Harga RM 1,798

 

Hasil Gambar Yang Diambil Oleh Keda Z. Feng

1 2 3

Hasil Gambar Yang Diambil Oleh Kevin Then

1 2

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here