Moto M Sudah Mula Dijual, Dapatkan Ia Pada Harga RM 1,199

1937

moto-m_drkgrydv_comboMemperkenalkan Moto M, sebuah smartphone bersalut logam terbaru dari Moto. Ia dilengkapi paparan 5.5 inci Full HD untuk tontonan yang memuaskan. Dikuasakan pula dengan pemproses 2.2GHz Octa-core dan dibantu 4GB RAM bagi memastikan anda prestasi peranti ini lancar dan pantas.

Dengan 32GB ROM, Moto M membolehkan anda untuk menyimpan semua lagu, filem dan gambar-gambar kegemaran pada telefon anda. Pengalaman media pada Moto M dikayakan lagi dengan pembesar suara belakang Dolby Atmos, membawakan muzik dan filem kegemaran anda lebih hidup dengan kejelasan dan kelantangan yang lebih baik.

motom_golddv_insitu_shot14Bagi mereka yang suka menangkap gambar dan mengambil selfie, Moto M menawarkan kamera utama 16MP dan kamera hadapan 8MP. Bagi memastikan gambar dari kamera kekal berkualiti, kamera ini dilengkapi dengan Correlated Color Temperature (CCT) dua flash LED. Kamera hadapan pula mempunyai mod kecantikan dan filter yang memastikan selfies anda sentiasa menarik.

Moto M juga dilengkapi pengesan cap jari untuk sistem keselamatan yang terjamin di samping menawarkan akses pantas ke dalam smartphone anda. Perlindungan pada Moto M diperluaskan lagi kepada ketahanannya pada elemen sekitar, Moto M disaluti lapisan Nano yang akan melindungi peranti ini dari percikan dan limpahan air. Moto M juga membolehkan anda bermain muzik dan video dengan lebih lama kerana ia dilengkapi bateri 3050mAh yang juga dilengkapi teknologi cas pantas 10W.

motom_finegolddv_backdynbttn

“Moto M hadir dalam dua warna – emas dan kelabu. Kedua-dua varian boleh didapati pada harga RM1,199.”